Senarai Pasukan Liga Super Dan Liga Perdana Malaysia 2013

Liga Malaysia akan memasuki musim barunya dan bermula secara rasmi pada 5 Januari 2013 depan, menerusi perlawanan merebut Piala Sumbangsih di antara juara Piala Malaysia 2012, Kelantan menentang juara Liga Perdana 2012, ATM di lokasi yang masih belum ditetapkan oleh FAM.

Sejumlah 12 pasukan masing-masing dari Liga Super dan Liga Perdana bakal bersaing masing-masing dalam Liga Super dan Liga Perdana pada musim depan tahun 2013. Dua pasukan baru yang akan bersaing dalam Liga Super 2013 yang bermula sehari kemudian ialah juara Liga Perdana, ATM dan Pahang.

Antara pasukan baru yang akan membuat penampilan pada Liga Perdana 2013 yang akan bermula pada 7 Januari pula ialah Juara Liga FAM musim 2012, SPA Putrajaya FC dan pemenang tempat ketiga liga berkenaan, UiTM FC serta Kedah yang tewas kepada Pahang dalam perlawanan penentuan ke Liga Super.




Senarai Pasukan Liga Super 2013:

Felda United FC
Terengganu
Kelantan
T-Team (Terengganu)   
Lions XII FC (Singapura)
Perak
ATM
Negeri Sembilan
Selangor PKNS FC   
Pahang
Darul Takzim FC
Selangor 

Senarai Pasukan Liga Perdana 2013:

Perlis
PDRM
SPA Putrajaya FC
UiTM FC
Johor   
Kuala Lumpur
Pos Malaysia FC
Kedah
Sime Darby FC
Sarawak
NS Betaria FC
Sabah



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Disember 11, 2012

17 Komen:

  1. hapar2 tahun depan liga lebih rancak dan berkualiti

    BalasPadam
  2. Kemasukan semula pemain import menambah semangat untuk menonton perlawanan liga malaysia.

    BalasPadam
  3. assalam, kaki bola tentu berguna ni...

    BalasPadam
  4. Darul Takzim FC nampaknya menggunakan jalan singkat untuk ke Liga Super untuk musim 2013..

    BalasPadam
  5. Harap Pahang menyinar tahun ni, berbekalkan pemain2 muda yg kian menyerlah kini :)

    BalasPadam
  6. hemm..harap selangor akan kembali cemerlang.

    BalasPadam
  7. tak sabar nak tengok darul takzim FC beraksi

    BalasPadam
  8. Bakalan ramai sepertinya tahun 2013 ini pasukan-pasukan di atas

    BalasPadam
  9. salam
    kelantan tetap di hati
    hehe

    BalasPadam
  10. Salam Zul moh layan, nok nengok juga
    Pahang kita berbintang cerah nanti.

    BalasPadam
  11. harap kelantan terus menjulang piala

    BalasPadam
  12. Diharapkan mutu dan kualiti liga Malaysia akan bertambah dari masa ke semasa. Semoga kerjasam antara AFC dan UEFA dimanfaatkan sepenuhnya.

    BalasPadam
  13. Aku rasa johor tahun depan mesti terbaik..

    BalasPadam
  14. Liga Super saya pilih Terengganu tetapi Terengganu tahun depan saya rasa Terengganu tiada peluang,whats ever,Terengganu di hatiku!!! Liga Perdana saya pilih Kedah,saya tidak sokong Kedah tapi cuma saya merasai Kedah akan menjuarai liga Perdana Tahun depan,All the best,do better next League than Yesterday,ok? Kepada semua pemain import,jangan pula melanggar peraturan perlwnn,ini negara kami iaitu Malaysia. Malaysia Boleh,walau apa-apapun,Piala Asia pun mesti Malaysia mesti disokong owrite? :D. ~Amar Makruf,0162151979~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya rasa,tahun depan,Liga Perdana yang terer Kedah dengan Johor,Johor hebat juga,Kedah hebat Juga,walau apa-apapun,saya yakin Kedah juara tahun depan,walaupun Johor ada pemain-pemain terbaik seperti,Safee Sali,Norshahrol,Zakuan,Adzmi Muslim,Aidil & ramai lagi..... Saya merasai bahawa Kedah juara tahun depan,Safee Sali dijangka lemah tahun depan sebab dia sudah tua & juga dia masuk team Johor ialah hanya untuk dia punya karier sahaja,jadi,Safee Sali lemah sahaja tahun depan,ok,itu sahaja daripada saya,do the best for TM,ok?

      Padam
  15. Tanpa Nama29 Mac, 2013

    Saya memerlukan agent untuk memasuk kan player ke liga super atau liga perdana musin kedua ni. sila email kepada saya lil_lidz@yahoo.com

    BalasPadam