Cabaran Dunia Blogging Masakini

Sudah terlalu ramai yang mempunyai blog sekarang ini dengan pelbagai nince dan cerita blog. Semuanya berkat dari kemakmuran negara dan rakyatnya yang mampu melanggan jalur lebar. Semuanya berlumba-lumba menjadikan blog mereka antara yang terbaik di kalangan blogger seluruh dunia.

Perlumbaan yang sihat, tapi bila kita buat carian di Google, alahai.., banyaknya penulisan copy paste dengan tajuk-tajuk entri yang seakan sama. Bila keluar sesuatu isu baru, maka berlumba-lumbalah semua para blogger menulis isu yang sama demi mengejar trafik, termasuklah saya. Tapi sampai bila?

Saya sendiri cuba mencari kelainan dalam berblogging, sehingga kadang-kala sampai sudah tak tahu nak tulis apa lagi dah. Bila mood terasa nak menulis sesuatu isu, saya buat carian di Google dahulu dan punyalah ramai yang telah menulis kisah yang seakan sama.

Mood blogging memang agak menurun, bermula dengan kurangnya 'blogwalking', walaupun di blog saya ada menulis entri baru dan ada rakan blogger yang singgah komen. Tetapi, bila nak balas lawatan mereka pun jadi  malas. I'm sorry you'll ?

Mula membelek email yang agak lama saya tak buka, punyalah malas nak online sekarang ini. Kalau ada mood nak menulis baru saya online, lepas 'publish' dan 'ping' saya akan tutup balik. Dalam membelek email saya, satu email ini membuatkan saya teruja.
You're receiving this email because you've added Google Authorship markup to your pages. This is a one-off notification and we will not be contacting you further about this issue. You've established your Authorship, which means that your photo and a link to your profile can now appear next to your content in search results. When your Authorship information appears, it will look something like this:
 
Ermm, blog saya dah confirm dapat authorship dari Google rupanya, dan wajah yang terpampang di setiap entri saya telah diiktiraf sebagai penulis asli setiap penulisan saya. Satu tanggungjawab berat juga memikul amanah ini. Blogging sekarang bukan boleh main-main lagi, kita perlu bertanggungjawab pada setiap penulisan kita.

Saya cuba melakukan carian pada blog sendiri melalui entri yang pernah saya buat sebelum ini. Sekali lagi saya teruja bila melihat navigasi entri saya juga telah diindex oleh Google hasil dari 'Breadcrumb' yang saya buat secara manual. Anda boleh lihat seperti gambar di bawah, label entri tersebut turut disertakan bersama dengan URLs blog saya.

 
Breadcrumb SEO Friendly
 
Bagaimana cara membuat navigasi breadcrumbs terindex Google di blog agar terlihat di dalam carian Google (Google Search)? Breadcrumb SEO Friendly yang tujuannya untuk memudahkan pembaca menjelajah halaman demi halaman pada blog anda sesuai dengan kategori yang ada dalam blog anda. Cara membuat anda boleh ke (link) ini. Selamat mencuba, sekarang saya sudah dapat mood baru dalam blogging :-)



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, November 07, 2012

14 Komen:

  1. bila dapat sesuatu yg baru pasti akan seronok dan bersemangat kan?
    authorship dah publish sepenuhnya kan.. tu yg hantar emel..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Begitulah gayanya Sop..
      api baru nak sejuk dah
      panas balik..he he

      Padam
  2. Kalaulah semua blogger berfikiran macam bro, yang menulis ini ada tanggungjawabnya, pasti tidak timbul soal copy paste atau masalah-masalah lain yang berkaitan. Semoga kita menjadi seorang blogger yang beretika dalam menulis dan menjalankan blog kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana bersetuju dengan saya,
      realiti saya bukannya blogger yang terbaik..
      tetapi masih cuba memperbaiki menjadi lebih baik

      Padam
  3. Tahniah sifu
    banyak yg perlu belajar lagi kat sini :)

    BalasPadam
  4. Tahniah bro sbb dpt autorship dr google....

    BalasPadam
  5. Tahniah zulkbo.. sebenarnya blog ni tak boleh fokos sangat pun , jadikan sebagai hobi mesti happy je ..

    BalasPadam
  6. tahniah kerana dpt authorship ni..bukan senang tu.. :)

    BalasPadam
  7. Salam Zul, mmg anda memiliki kehebatan itu saya hanya terpedak-pedak sekadar berblog macam org lain yang sekadar lalu aje... yang mana mungkin byk perkara juga yang tidak di ketahui. Tahniah drp kami.

    BalasPadam
  8. Tahniah ngeblog memang tidak bisa sekedar menulis semau kita apalagi sudah diakui oleh google seperti ini keep spirit bro

    BalasPadam
  9. tahniah bro.. memeng seronok dapat authorship dari google ni, mood naik terus. terima kasih bro kerana berkongsi sesuatu yang berguna

    BalasPadam
  10. tahniah!lepas ni nmpknya makin semangat update blog ye bro :)

    BalasPadam
  11. Google sudah mengeluarkan garis panduan ketat jadi semakin mencabar kalau hendak bersaing SEO dan trafik. Kecuali yang menulis entri mengikut kata hati.

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA