MUSKAT : Pakaian Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, hari ini kita akan cuba mengenal berkenaan pakaian istiadat rasmi yang dipakai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung, dalam beberapa acara rasmi yang dihadiri Baginda.

 
MUSKAT

Muskat  merupakan pakaian rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Pegawai-pegawai Istiadat Istana Negara. Baju ini berasal dari Negeri Muskat (sekarang dikenali sebagai Oman) iaitu sebuah negara islam yang berhampiran dengan negara Iran. Muskat telah menjadi pakaian rasmi Pegawai-pegawai di Negeri Kedah.

Pakaian rasmi ini mula dipakai pada tahun 1960 iaitu samasa pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ketiga yang diilhamkan oleh Yang Teramat Mulia Tuanku Abdul Rahman Putra Alhaj semasa beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Baju ini telah diubahsuai daripada pakaian rasmi Pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Kedah.

Baju ini diperbuat daripada benang bulu (wool) yang berwarna hitam pekat dan dijahit beserta dengan sulaman benang emas bercorak awan larat dan bunga raya yang melambangkan bunga kebangsaan Malaysia. Baju ini labuhnya hingga ke paras peha dan berlengan panjang tanpa butang. 



Pada kebiasaannya, baju ini dipakai bersama dengan seluar panjang bersulam di kaki dan tengkolok dalam majlis-majlis sempena Hari Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Hari keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, lawatan-lawatan rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke negeri-negeri di seluruh Malaysia dan sewaktu Perasmian Sesi Penggal Persidangan Parlimen.SUMBER



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, November 08, 2012

8 Komen:

  1. hmmm tak tau la pulak namanya selama ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ermm..kan dah tahu sekarang!
      he he..ilmu juga ni wehh :)

      Padam
  2. Salam Zul, Ingat macam baju melayu biasa aje :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak sama juga Yassin..
      potongan macam jacket
      cuma tak de butang :)

      Padam
  3. baru tau namanya muskat...nice info..tq

    BalasPadam
  4. Ada melihat muskat ini ketika mengunjungi Pameran Raja Kita di istana lama.

    BalasPadam
  5. Baru tau tentang baju YDP Agong ni... Nice info bro.

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA