Maharaja Lawak Mega 2012 (MLM 2012) : Akan Dibuka Gelanggang November 2012

Program Maharaja Lawak Mega 2012 (MLM 2012) bakal di siarkan berikutan sambutan hangat penonton dalam siri MLM 2011 yang lalu. Ianya akan mengekalkan format seperti sebelum ini dengan membuka peluang kepada peserta negara jiran iaitu Singapura dan Indonesia sebagai tanda hubungan baik antara tiga negara menerusi medium komedi.


Bakal menemui penonton adalah pelawak terkenal, yang di antaranya pernah tampil dalam siri MLM 2011 sebelum ini. Selain itu pelawak yang pernah bertanding dalam program Maharaja Lawak sebelum ini, turut tampil bertanding dalam Maharaja Lawak Mega 2012 kali ini bersama kumpulan masing-masing.  Senarai peserta yang akan bertanding MLM 2012;

1- Saywho (Eko, Bocil dan Vicha)
2- The Bandung Jokers (Dodon, Amin dan Aman)
3- Dadidu (Bobo, AR Badul dan Arif Sudin)
4- Pi Mai (Imuda dan Mat Over)
5- Boboi (Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik dan Nabil)
6- Jozan (Johan dan Zizan)
7- Sabon (Abon dan Sathia)
8- Jambu (Taukeh dan Yus)
9- R2 (Rahim dan Wan Lopez)
10-Shiro (Shahrol dan Ajak)

Tiga lagi kumpulan iaitu Balas, Kecik dan Mamu perlu melalui satu ujian yang dipanggil segmen 'Kerusi Panas MLM', di mana ianya akan menentukan siapakah bakal layak bertanding sebagai peserta kesebelas program itu nanti, satu kelainan dalam siri MLM 2012 kali ini.

Maharaja Lawak Mega 2012 akan menemui penonton dengan bersiaran secara langsung bermula 16 November depan, pada setiap Jumaat di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134). Pertandingan  akan di adakan dalam Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Sistem penghakiman masih dikekalkan dengan format 70 peratus daripada juri tetap dan 30 peratus daripada undian penonton. Barisan para juri adalah yang bukan daripada mereka yang terlibat dalam bidang komedi dan tidak akan ada para juri jemputan.

Sumber: Astro Gempak



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Oktober 23, 2012

6 Komen:

  1. Salam Zul, sesekali melayan juga raja lawak nie :)

    BalasPadam
  2. Iklan previu MLM pun hebat.

    BalasPadam
  3. Baru taw ni, adakah saya tertinggal train uhuks ;)

    BalasPadam
  4. moh layan lawok la pulak hehehe

    BalasPadam
  5. alamak nampaknya kn subcribe blk warna ni.....

    BalasPadam
  6. tengok kat youtube je bro, x ada TV astro hehe..

    BalasPadam