Footloose Mando: Basikal Elektrik Kayuhan Tanpa Rantai

Jika anda telah bosan dengan minyak rantai basikal yang selalu mengotorkan seluar anda dan menjadikannya compang-camping, kini anda telah bertemu penyelesaiannya. Mando, sebuah syarikat auto dari Korea Selatan telah mencipta basikal bebas rantai, berkuasa eletrik dan boleh dilipat.

Digelar 'Footloose', e-basikal ini menggunakan sistem yang menukar dari kayuhan pedal basikal ke kuasa elektrik yang dijana tenaga manusia. Tenaga elektrik yang dijana kemudiannya disimpan dalam bateri litium-ion untuk memberi kuasa motor. Jika dicas sepenuhnya, bateri berupaya menjana motor sejauh 18.6 kilometer. 



Tetapi bagaimana pula sewaktu mendaki bukit menggunakan kuasa motor basikal ini? Jangan risau, kerana basikal ini mempunyai penukar gear automatik untuk menyesuaikan kuasa motornya  seperti yang anda perlukan sewaktu mendaki bukit.


Bagaimana ia akan memberitahu anda jika terdapat sebarang masalah? Terdapat papan pemuka mudah alih yang menunjukkan keseluruhan sistem untuk sebarang masalah anda. Ianya akan menunjukkan tahap kelajuan anda, jarak, dan tenaga elektrik yang dijana.

Hanya seberat kira-kira 20 kg, kesemua teknologi bersepadu di dalam bingkai basikal. Footloose, boleh dilipat ke saiz mudah untuk disimpan dan menjimatkan ruang. Basikal ini belum dijual lagi, tetapi jika anda berada di Eropah tahun depan, anda mungkin boleh mendapatkan sebuah. MANDO



 
Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Oktober 22, 2012

11 Komen:

  1. mesti mahal harga dia kalau dah masuk pasaran Malaysia

    BalasPadam
  2. Memang cool la basikal ni! :D

    BalasPadam
  3. Teringin nak gi kerja naik beskal....tapi dgn suasana pemanduan Malaysia yg teruk ni, terus batalkan hajat tu....

    BalasPadam
  4. assalam, mmg hebat la...

    BalasPadam
  5. huh menarik ni
    bila masuk pasaran mesia agaknya ni...

    BalasPadam
  6. Selalunya basikal seperti ini bila masuk pasaran akan mahal harganya.

    BalasPadam
  7. Assalam..
    MIL saya ada guna basikal bateri tu.nk kayuh pun boleh juga.boleh pi jauh 30km.sebijik macam skuter.harga dlm lebih kurang rm1500 gitu.saya dah try,best jugak.

    BalasPadam
  8. salam
    basikal boleh lipat ni
    senang nak angkut dengan kenderaan
    entah berapa la harganya

    BalasPadam
  9. bagus untuk mengurangkan kesesakkan jalanraya.
    agak-agak bila sampai malaysia?

    BalasPadam
  10. Berapa ni? Nak beli kat mana? RM?

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA