Gambar IPad Mini Dari Apple Yang Lebih Slim Dan Laju

Semalam, Apple inc. mengumumkan iPad generasi keempat mereka bersaiz kecil hanya enam bulan selepas melancarkan peranti generasi ketiga, ipad 3 atau lebih dikenali 'new ipad'. Tablet terbaru ini yang dijual  pada harga $ 499 di US, adalah lebih laju dan langsing.

Apple Inc. akan mula menjual iPad versi mini ini pada hari Jumaat untuk bersaing dengan tablet lain yang lebih kecil seperti tablet  Kindle, tetapi ia menetapkan tag harga yang lebih tinggi berbanding daripada jangkaan asal $ 329.


7.9 inci 'mini iPad' menandakan percubaan pertama pembuat iPhone ini ke dalam segmen tablet bersaiz kecil. Apple inc. memang berharap untuk mendapat tempat semula di kalangan pengguna tablet berikutan saingan dari pesaing mereka  seperti Samsung Elektronik.

Tidak di ketahui bila produk terbaru Apple ini akan memasuki pasaran Malaysia memandangkan iPhone 5 pun khabarnya bulan hadapan baru hendak dilancarkan oleh Maxis. Tapi, kalau nak cepat boleh  order terus dalam talian dari Apple, cuma harga pakej selalu lebih murah.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, Oktober 24, 2012

10 Komen:

  1. bila fikir², ipad yang sedia ada ni besar..kalau dapat saiz macam yang ni ok sikit

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang pun cikgu..
      size begini dah lama
      Samsung buat,alahai
      Apple baru nak tiru

      Padam
  2. tiru2 ni nak kena saman pulak lagi nampaknya hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha ha..kalau Samsung
      rasa dia layak dapat
      hak paten size gitu
      mau kena saman balik
      kali nih..huhu

      Padam
  3. Mmg lawo dan canggih IPad nie berkenan juga :)

    BalasPadam
  4. rasanya sai mini mcmni bru la sesuai nk bawk pi mana2.. :)

    BalasPadam
  5. wahh .. nampak menarik ..

    BalasPadam
  6. Tak adalah besar sangat. Alangkah baiknya kalau buat mini iPad ini boleh buat panggilan.

    BalasPadam
  7. tengok rupa iPad Mini ni memang menarik perhatian

    BalasPadam
  8. memang slim bro, kalau dapat sebiji memang best boleh blogging sampai lebam! hehe

    BalasPadam