Garis Panduan Melakukan Sembelihan Korban Sempena Hari Raya Aidil Adha


Ibadah korban adalah ibadah sunat yang dituntut oleh agama Islam. Ianya dilakukan dengan menyembelih ternakan korban pada Hari Raya Aidil Adha (10 Zulhijjah) dan Hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah). Pada lazimnya, di Malaysia penyembelihan ternakan korban ini dilakukan di masjid, surau, padang awam, balai raya dan rumah persendirian.

Justeru, satu langkah penyelarasan aktiviti penyembelihan ternakan korban atau aqiqah perlu dilaksanakan dengan kerjasama agensi kerajaan, pembekal ternakan dan juga orang awam yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi mempastikan amalan korban atau aqikah dapat dilaksanakan dengan baik tanpa menimbulkan sebarang isu atau kesan kepada penduduk dan haiwan bersekitaran.


Sekiranya, penyembelihan ternakan korban dilakukan di masjid, surau, padang awam, balai raya dan rumah persendirian, garis panduan ini bertujuan untuk memberi panduan tentang pengendalian dan penyembelihan ternakan korban supaya aktiviti penyembelihan korban dapat dijalankan dengan lebih teratur, bersih dan mengambil kira kebajikan haiwan dan keselamatan makanan. Baca seterusnya di  sini


NOTA: Ucapan Selamat Hari Raya Aidil Adha dari penulis dan keluarga buat semua umat islam di seluruh dunia. Semoga amalan korban atau aqiqah kita tahun ini, diberkati Allah dan mendapat keredhaan dari-Nya. Pada yang memandu pulang ke kampung berhari raya, berhati-hati di jalan raya. Semoga Allah mempermudahkan perjalanan dan urusan baik anda semua.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, Oktober 25, 2012

3 Komen:

  1. Salam Zul, terima kasih diatas perkongsian.
    Selamat hari raya adil adha drp kami.

    BalasPadam
  2. semoga bermanfaat untuk semua &b selamat hari raya Aidiladha bro dan sekeluarga :)

    BalasPadam
  3. assalam, selamat hari raya korban

    BalasPadam