Video Sepah Juara Maharaja Lawak 2011










Persembahan yang menarik dan bersahaja, melayakkan kumpulan Sepah dijulang sebagai juara sulung Maharaja Lawak.Kumpulan yang dianggotai oleh Jep, Shuib dan Mamat itu berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM350,000 dan trofi dalam pertandingan akhir yang berlangsung di Stadium Malawati di sini malam ini.

Gelaran naib juara pula menjadi milik kumpulan Jozan yang turut memberikan persembahan mencuit hati sekali gus memenangi wang tunai sebanyak RM250,000 beserta trofi.Meskipun disebut-sebut akan memberikan saingan hebat pada pertandingan akhir itu, namun, Nabil hanya mampu berpuas hati dengan kedudukan tempat ketiga.

Namun begitu, juara Raja Lawak musim kedua itu tidak pulang dengan tangan kosong apabila wang tunai RM150,000 dan sebuah trofi menjadi hak miliknya.Sementara itu, tempat keempat dimenangi kumpulan Jambu yang memenangi RM50,000 dan trofi.

Kesemua persembahan yang bertemakan bebas dan muzikal itu telah diadili oleh tiga juri tetap iaitu Mamat Khalid, Ahmad Idham dan Saiful Apek yang mewakili 50 peratus.Selebihnya adalah menerusi undian khidmat pesanan ringkas.

Maharaja Lawak merupakan program realiti yang julung kali diterbitkan dengan menghimpunkan bekas juara dan finalis program Raja Lawak dari musim pertama hingga kelima.Lapan peserta lain yang telah tersingkir sebelum ini ialah kumpulan R2, Balas, Man, Amir, Alex, Jihan, Wai dan XN3.(Utusan Malaysia)




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Jun 25, 2011

22 Komen:

  1. Ramai juga yang tertunggu2 untuk menonton Maharaja Lawak ini..Tahniah kepada semua pemenang. Walaupun Nabil memenangi tempat ke 3 tatapi dari segi agihan hadiah wang yang diperolehi, RM150,000 dibolot oleh beliau seorang sahaja..

    BalasPadam
  2. Banyak duit dia orang dapat..

    BalasPadam
  3. Kala cermat senang akan datang

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama25 Jun, 2011

    sepah memang best malam tadi, johan pon best lagi lagi lawak yang kedua tu (muzikal komedi)

    BalasPadam
  5. Tahniah sepah.

    Terima kasih menyediakan klip ini....dapat gak saya tonton. Saya tak langgan Astro Warna...tq

    BalasPadam
  6. salam kenal sobat, mari saling berkunjung
    dari negeri tetangga

    BalasPadam
  7. Sepah konsisten dr mggu pertama...
    Yang lain kejap best kejap tak...
    Bestnya dorg dpt duit bebanyak yek..

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama25 Jun, 2011

    yes... SEPAH konsisten setiap minggu dgn lawak2 pecah perut... mmg patut SEPAH juara

    BalasPadam
  9. Tahniah kepada kumpulan Sepah.
    Bukan senang nak menang pertandingan di antara kumpulan lawak terbaik ni.

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama25 Jun, 2011

    sepah mmg layak..komedi mereka ada mesej dan pengajaran..bukan lawak bodoh semata-mata..

    BalasPadam
  11. Assalam...
    Dulu minat jgk tgk tp skrg tunggu tgk dlm blog je....

    BalasPadam
  12. tahniah kepada semua pemenang...
    nabil tersenyum lebar sebab dia pulun sorang je RM150 ribu tu, yg lain kena kongsi

    BalasPadam
  13. Tanpa Nama25 Jun, 2011

    Best Giler lawak SEPAH..Memang Patut dinobatkan sebagai JUARA MAHARAJA LAWAK.... ALL the best 4 u all SEPAH.. I like....

    BalasPadam
  14. Tanpa Nama25 Jun, 2011

    Tahniah buat SEPAH... Sepak memang BAEK PUNYERRR!!!! hekhek... jep mlm tu macho... tergugat Iman I weh! hahaha

    BalasPadam
  15. Tanpa Nama25 Jun, 2011

    Sepah memang layak jadi juara... setiap minggu beri yg terbaek.. tp agak kecewa.. smlm mcm tak power persembahan peserta2 kecuali sepah... Congrat!!!

    BalasPadam
  16. wauuu tahniah...!!!! best...thank bro sbb bagi video nih...aku tak leh tengok sbb astro kat rumah tak langgan mastika

    BalasPadam
  17. Tanpa Nama25 Jun, 2011

    habis madu SEPAH x abis2 lagi.... deserve to win!!

    BalasPadam
  18. Tanpa Nama25 Jun, 2011

    Nampaknya semua orang Malaysia terhibur dengan jenaka yang mempersendakan orang. Memang hanya sekadar hiburan, tetapi apabila menyentuh dan mempersendakan Ustazah Norbahyah Mahmood dan suaminya dengan aksi-aksi tidak sepatutnya, tentulah mengguris hati pihak yang lain.

    Tentu tidak tepat andainya menggambarkan Ustazah Norbahyah menyanyi dan menari terkinja-kinja di atas pentas. Kalaua nak berlawak pun, carilah idea lain yang tidak menyentuh siapaa-siapa.


    Kesimpulannya kita telah tersalah pilih juara.

    BalasPadam
  19. Tanpa Nama25 Jun, 2011

    apa2 pun yang banyak dapat duit ialah pihak ASTRO

    BalasPadam
  20. وعليكم السلام ورحة الله
    Terima kasih semua kerana
    sudi singgah dan mencoretkan
    komen anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah khair..

    BalasPadam