Kempen Anti Merokok Apa Yang Mampu Buat Orang Berhenti Merokok?



Masih ingatkah anda dengan kisah seorang kanak-kanak Indonesia yang menjadi terkenal seluruh dunia tidak lama dulu kerana merokok pada usia dua tahun? Adik Ardi Rizal yang ditemui oleh sebuah stesen televisyen dari Amerika Syarikat, ABC, dan menjadi terkenal apabila satu rakaman video yang menunjukkan dia merokok tersebar luas. SUMBER

Merokok kalau sudah menjadi tabiat dan ketagihan, berilah apa alasan sekali pun, perokok akan tetap merokok. Jika kerajaan acapkali menaikkan harga rokok setiap kali belanjawan negara dibentangkan, rokok seludup pula menjadi pilihan perokok tegar. Malah ianya lebih murah, menjadikan kegiatan penyeludupan rokok dari negara seberang berleluasa.

Bila permintaan tinggi, sudah tentu penawaran bertambah walaupun rokok-rokok seludup ini hanya dijual kepada pelanggan yang dikenali penjual sahaja. Yang pasti, rokok yang bercukai pula kurang mendapat sambutan kerana harga yang semakin mahal, dan ini merugikan kerajaan juga akhirnya bila syarikat pengeluar rokok tempatan  kurang cukainya.

Apa dah jadi dengan kempen anti merokok yang sering diadakan kerajaan di merata tempat dengan kos yang berjuta-juta ringgit? Nampaknya seperti menyiram air ke daun keladi sahaja di kalangan perokok. Begitu juga gambar-gambar pelbagai penyakit akibat merokok yang dicetak di setiap kotak rokok, hanya di pandang sinis oleh perokok.


Bagaimana kalau kita kenakan hukuman seperti di atas? Saya pasti perokok tegar yang khabarnya susah hendak berhenti merokok sebelum ini, sudah mula berkira-kira hendak berhenti terus. Siapa sanggup hukuman sebegitu keras dikenakan? Gambar di atas saya jumpa melalui carian Google, dan saya tidak pasti di negara mana dan sesuatu yang agak kejam jika ianya benar?

Realiti, jika pihak berkuasa berniat ikhlas hendak membendung budaya dan tabiat buruk merokok di kalangan rakyat Malaysia, cadangan saya; diharamkan terus penjualan rokok, kilang pemprosesan dan kilang membungkus rokok di negara kita. Saya pasti, akan ada satu peningkatan drastik di kalangan perokok yang berhenti merokok. Apa kata anda?



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, Oktober 11, 2012

9 Komen:

  1. Macam-macam cara dah dicuba semuanya gagal. Kalau diharamkan terus merokok dan segala yang berkaitan dengannya akan timbul pula masalah lain.

    Post terkini - Sukar Berhenti Merokok Kerana... ?

    BalasPadam
  2. assalam, tak faham2 lagi...tak tahulah.

    BalasPadam
  3. dahsyat sgt nak bunuh orang yg merokok.. yg membunuh pulak yg tanggung dosa nanti... (",)

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu lawak + sindiran untuk perokok je tuu kan?hehe

      Padam
  4. Salam Zul, dalam sejarah dunia pernah ada satu kerajaan yang runtuh akibat mengharamkan candu dan tembakau. Jadi risikonya mungkin tinggi kalau kalau nak tutup habis cerita bab tembakau nie. Tidak kurang cukainya juga menyumbang angka yang tertinggi utk pembangunan sesebuah negara.

    BalasPadam
  5. Semestinya rokok harus dijauhkan dari anak dan kita semua demi kesehatan

    BalasPadam
  6. Sesetengah negeri telah fatwakan merokok adalah haram tetapi perokok tegar tidak mabil port sangat. Kesian orang sekliling yang menghidu asap rokok dan lebih berisiko tinggi sebagai perokok pasif.

    BalasPadam
  7. cukai rokok salah satu sumber pendapatan negara.. macam mustahil je kerajaan akan haramkan penjualan rokok, tutup kilang rokok..

    semuanya bergantung pada perokok tu sendiri sama ada nak berhenti merokok ataupun tak..

    letak gambar menakutkan kat kotak rokok pun takde bagi kesan apa2 pada jiwa perokok.. sebab diri sendiri taknak berhenti merokok..

    BalasPadam
  8. ... merokok ni dah jadi macam makan nasi. Memang susah di benteras atau dikurangkan. Sebab dah jadi keperluan asas bagi sesetengah orang.

    BalasPadam