Intipati Belanjawan Malaysia 2013



Tema Belanjawan Malaysia 2013 kali ini ialah, “Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat : Sebuah Janji Ditepati". Walau pelbagai reaksi masyarakat tentang intipati Bajet 2013 kali ini, tetapi bagi saya, kalau ada duit apa pun jadi. Berikut ialah intipati Belanjawan Malaysia 2013 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga merangkap sebagai Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat hari ini.

* Peruntukan RM251.6 bilion bagi melaksanakan semua langkah, program dan projek pembangunan.

* RM201.9 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion bagi peruntukkan pembangunan.

* RM58.6 bilion diperuntukkan bagi Emolumen dan RM33.7 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan.

* RM30 bilion diperuntukkan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar

* RM11.1 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.

* RM4.6 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM2 bilion bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.

* Kerajaan akan terus memperhebat pelaksanaan 12 Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA) negara.

* RM3 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan Projek Permulaan, termasuk RM1.5 bilion bagi projek pertanian seperti kelapa sawit, getah, herba bernilai tinggi dan padi.

* RM3.0 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan projek permulaan (EPP) bagi tahun 2013.

* Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik berjumlah RM1.0 bilion di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk aktiviti penyumberan luar dan pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan.

* Penyediaan dana sebanyak RM1.0 bilion di bawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalian SME Bank.

* SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta untuk membiayai modal kerja PKS terlibat.

* Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan had maksimum RM5,000 dengan peruntukan RM16 juta setahun.

* Perbadanan Nasional Bhd menyedia kemudahan pinjaman hingga RM25,000 bagi pemegang lesen dan RM500,000 bagi penyedia lesen menerusi program Transformasi Perniagaan.

* Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus untuk 10 tahun bagi aktiviti penapisan produk petroleum kepada yang layak.

* Program Insentif Global bagi Perdagangan (GIFT) ditambah baik dengan pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun bagi tempoh tiga tahun pertama operasi.

* Perbelanjaan menerbitkan AgroSukuk diberi potongan cukai dua kali bagi tempoh empat tahun mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.

* DanaInfra Nasional Bhd menerbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk membiayai pembangunan MRT.
Sumber: BERNAMA

NOTA: Di manakah anda golongan yang mendapat menafaat dari Belanjawan Malaysia 2013 ini? Setakat ini, saya adalah golongan yang mendapat menafaat dari pemotongan cukai pendapatan. Selain itu sebagai generasi kedua Felda, saya mengintai-ngintai juga untuk mendapatkan rumah murah yang bakal dibina Felda sebanyak 20,000 unit rumah untuk generasi baharu Felda. Kalau bab rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar pada golongan belia, saya kurang setuju dengan kerajaan. Apa kata anda?




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, September 29, 2012

15 Komen:

  1. Yang nyata..maniskan hidup dengan senyuman,kurangkan manis dalam pemakanan, Bajet 2013 kali ini :)

    BalasPadam
  2. semua pemanis pilihanraya ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harapan koi juga lah..
      semuanya manih belake :)

      Padam
  3. Balasan
    1. Begitulah..
      orang memberi
      kita merasa :)

      Padam
  4. efek belanjawan ni bersifat 'berantai'..bila di bangunkan satu bidang..bidang2 yg len akan naik sama.. :)

    BalasPadam
  5. salam
    penjawat awam dah terbayang2 bonus yang akan dapat nanti
    hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam..
      ermm..itu kedengarannya
      memang MANIS sekali Bro
      tahniah :)

      Padam
  6. assalam, harap-harap semua puas hati...klu tak puas hati tunggu le PRU 13.

    BalasPadam
  7. Bajet Rakyat tersenyum kata... dapatlah kita menumpang semangkuk zul :)

    BalasPadam
  8. harap semua boleh gunakan bonus atau manfaat yang diberikan

    BalasPadam
  9. semoga bermanfaar untuk semua~

    BalasPadam
  10. Saya kurang faham tujuan rebet RM200 untuk pembelian Smartphones. Mungki kerana kuasa membeli yang tinggi digolongan ini.

    BalasPadam
  11. mencapai sasaran negara berpendapatan tinggi

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA