Final Piala Malaysia 2012 | ATM vs Kelantan Live Streaming Online

 

Penyandang juara Piala Malaysia 2010, selaku pasukan pilihan menjadi juara Piala Malaysia kali ini, pasukan Kelantan akan beraksi di perlawanan akhir Piala Malaysia 2012 bertemu dengan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada hari Sabtu,  20 Oktober 8.45 malam.

Melangkah ke perlawanan akhir buat pertama kali sejak tahun 1966, begitu membakar semangat pasukan ATM untuk bergelar juara Piala Malaysia buat kali pertama setelah tumpas 2 kali dengan pasukan Selangor di perlawanan akhir Piala Malaysia sebelum ini.

Anda boleh saksikan siaran secara langsung perlawanan akhir, Final Piala Malaysia, Kelantan vs ATM pada 20 Oktober 2012 nanti di Stadium Shah Alam kerana venue perlawanan akhir Piala Malaysia sebelum ini, Stadium Nasional Bukit Jalil dalam proses penyelenggaraan.

Pada yang tidak berkesempatan menonton di Stadium Shah Alam, anda semua boleh saksikan secara percuma melalui siaran Live Streaming TV1, dan saluran berbayar Astro. Selain itu siaran secara Live Streaming Online boleh anda layari pada hari perlawanan tersebut.

Kedua pasukan mempunyai visi dan cita-cita tersendiri untuk bergelar juara Piala Malaysia versi 2012, namun 90 minit yang bakal ditempuh kedua pasukan pada hari tersebut sudah tentu penuh dengan debaran dan tentangan sengit sesama sendiri sebelum layak bergelar juara Piala Malaysia 2012.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Oktober 13, 2012

9 Komen:

  1. assalam, tahniah Kelantan!

    BalasPadam
  2. tahniah kelantan kerana berjaya membenam selangor! lepas ni giliran benam ATM pula ? good luck

    BalasPadam
  3. Selangor Merah Padam
    Tahniah Kelantan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. huh awalnya tanam keyword final piala malaysia 2012 hehehe

      Padam
    2. Ermm..tahu tak pe.. ?
      tabur benih je..tumbuh
      ke idak tak tahu la weh..
      he he..

      Padam
  4. pasti mencanak traffik kan, hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dapat trafik sesat seribu dua
      pun best malam final tu..he he

      Padam
  5. ATM cuba mencipta sejarah.

    BalasPadam
  6. aduh .. dah sampai final rupanya! saya betul-betul tidak mengikuti perkembangan sukan bola sepak negara.

    BalasPadam