Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2013 tempohari berkata, pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia Kali Kedua (BR1M 2.0) kali ini masih melibatkan bantuan tunai sebanyak RM500 kepada isirumah berpendapatan di bawah RM3,000. Maka ramailah yang tertanya-tanya, mana nak dapatkan borang BR1M 2.0 ini?
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai berkata borang untuk permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia pusingan kedua (BR1M 2.0) dijangka akan diedarkan pada bulan ini. Kerajaan akan membuat pengumuman tersebut dalam tempoh seminggu atau dua minggu: Sumber dipetik Bernama.
Selain itu, golongan bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan bawah RM2,000 juga layak untuk menerima bantuan kali ini, tetapi bayaran sebanyak RM250 sahaja. Bantuan BR1M 2.0 kali ini dijangka akan memberi manfaat kepada seramai RM4.3 juta isirumah dan juga seramai 2.7 juta warga bujang melibatkan peruntukan RM3 bilion.
Sejumlah RM1.8 bilion diperuntukkan untuk skim BR1M sebelum ini dianggarkan seramai 3.4 juta isi rumah, dan kemudiannya telah ditambah kepada lebih RM2 bilion menjadi 4 juta isi rumah seluruh Malaysia. Harapan, dengan bantuan kali ini nanti, boleh membantu golongan sasar yang benar-benar memerlukan bantuan, bukan tiris di mana-mana.
NOTA : Kerajaan telah mengumumkan siapa yang layak memohon Bantuan Rakyat 1 Malaysia pusingan kedua (BR1M 2.0) ini dan di mana hendak mendapatkan borang permohonan tersebut. Anda semua boleh melayari LINK ini, selamat memohon dan semoga berjaya.
