Orang Makan Babi Kini Babi Pun Makan Orang

Pada pagi Rabu minggu lepas, Terry V. Garner, seorang petani berusia 70 tahun dari Oregon, pergi untuk memberi makan kepada haiwan ternakannya. Beberapa jam kemudian, apabila beliau tidak kembali, ahli keluarganya menyusul untuk mencari beliau dan mendapati gigi palsu beliau berada atas tanah dalam kandang babi tersebut.

Siasatan lanjut kemudiannya menjadi mimpi ngeri oleh ahli keluarganya apabila mendapati babi, yang kebanyakan besarnya sehingga mencecah berat 700 paun, sudah hampir sepenuhnya memakan mayat petani tersebut walaupun beberapa bahagian badan manusia bertaburan di tengah kandang.

 
Babi spesis Hogs seakan babi hutan

Menurut pejabat Coos County Sheriff, terdapat beberapa senario yang sedang disiasat, termasuk bahawa mendiang Garner mengalami serangan jantung dan rebah, yang kemudian meletakkan beliau dalam kedudukan di mana babi tersebut yang sedang kelaparan menganggap mayat tersebut adalah makanan. 

Satu lagi senario yang sedang disiasat kemungkinan satu atau lebih daripada babi menyerang Garner sehingga jatuh, membunuh dan memakan mayat beliau. Spekulasi tersebut ditambah oleh kenyataan ahli keluarga Garner bahawa sebelum ini sekurang-kurangnya satu daripada babi tersebut pernah menjadi agresif dan menyerang ke arah petani tersebut.

Tidak pula dinyatakan berapa banyak bilangan babi besar yang turut dikenali sebagai 'Hogs' ini tinggal di kandang ladang milik keluarga Garner tersebut. Bagaimanapun pihak polis turut menyiasat  dalam pelbagai sudut termasuk, adakah ini juga berpunca dari perbuatan khianat.

Pakar patologi juga tidak dapat untuk menentukan bagaimana lelaki itu meninggal dunia. Seorang ahli antropologi forensik di Universiti Oregon juga bakal memeriksa mayat beliau kemudian. Ini bukan kali pertama babi telah memakan petani pernah dilaporkan media.

Pada tahun 2004, seorang wanita Romania diserang dan tidak sedarkan diri sebelum dimakan telinga dan separuh mukanya oleh babi di ladang beliau, menurut sumber UPI. Bagaimanapun tidak dinyatakan sama ada wanita itu terselamat atau meninggal dunia kemudiannya. SUMBER



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, Oktober 03, 2012

14 Komen:

  1. Meremang bulu roma bila baca artikel ni, tapi kalau babi yang besar tu, tak mustahil dia boleh makan, sebab dah babi ni memang jenis makan semua benda termasuk sampah

    BalasPadam
  2. tu yg Allah haramkan binatang ni byk sgt keburukkannya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul...setiap yang diharamkan pasti ada sebabnya

      Padam
  3. Takut mendengarnya. Nasib baiklah masalah babi hutan liar dikawasan perumahan saya sudah diselesaikan. Rujuk pautan: http://bit.ly/SndS6d

    BalasPadam
  4. Babi dah lapar nyer bahan aje bender yang ada yak....

    BalasPadam
  5. x sangka, babi pun makan org.. iks iks

    BalasPadam
  6. assalam, bahaya tu...saiznya pun agak menakutkan

    BalasPadam
  7. mungkin sbb terlalu lapar agknya..

    BalasPadam
  8. Binatang nama babi ni semua benda dia makan..tak kira la bersih ke kotor ke..salah satu sebab ianya haram untuk kita makan babi.

    Entri terbaru Wordless Wednesday : 1Malaysia

    BalasPadam
  9. Kalah babi tunggal nih...ngeri nengoknya...beso ya amat...hehehe

    BalasPadam
  10. salam
    hingga begitu sekali bahayanya babi ni

    BalasPadam
  11. kasihan sekali senjata makan tuan

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA