Kadar Gaji Minimum Diumum PM Najib Sempena Hari Pekerja 1 Mei

Sempena sambutan Hari Pekerja yang disambut 1 Mei 2011 dan sebagai hadiah istimewa daripada Kerajaan Persekutuan kepada seluruh warga pekerja swasta seluruh negara, adalah berita kadar gaji minimum pekerja swasta sektor ekonomi negara kecuali perkhidmatan domestik (pembantu rumah, tukang kebun dan sebagainya) di seluruh negara.


Syor Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) dan kajian Bank Dunia, gaji minimum tidak boleh ditetapkan terlalu tinggi. Kadar gaji minimum bagi Semenanjung Malaysia ditetapkan RM900 sebulan (RM4.33 sejam), manakala bagi Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak RM800 sebulan (RM3.85 sejam), menurut Datuk Seri Najib Tun Razak.
   
Gaji minimum itu akan meliputi pekerja swasta dalam semua sektor ekonomi di seluruh negara, kecuali perkhidmatan domestik, yakni pembantu rumah, tukang kebun dan sebagainya. Tarikh mula kuatkuasa bagi sektor tertentu pelaksanaan gaji minimumnya dilanjutkan 12 bulan daripada tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan nanti (sepatutnya 6 bulan).
 
Tempoh kuatkuasa bagi sesetengah kategori sehingga 12 bulan daripada tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan tidak meliputi firma profesional seperti klinik pergigian dan perubatan, firma guaman, firma arkitek, firma juru perunding dan sebagainya, walaupun mereka mempunyai bilangan pekerja lima atau kurang, mereka perlu mematuhi gaji minimum ini dalam masa enam bulan.

PM berkata, kerajaan turut menyediakan mekanisme pelaksanaan supaya penetapan gaji minimum itu tidak membebankan majikan dan tidak merugikan para pekerja dengan membenarkan penyerapan sebahagian elaun atau bayaran tunai tetap dalam perkiraan gaji minimum. Kerajaan  memberi ruang dan peluang kepada majikan kecil membuat persediaan.
   
Perdana Menteri berkata pengecualian 12 bulan itu tidak meliputi kepada firma profesional seperti klinik-klinik pergigian dan perubatan; firma guaman; firma arkitek; firma juru perunding dan sebagainya; walaupun mereka mempunyai bilangan pekerja lima atau kurang; mereka perlu mematuhi gaji minimum ini dalam masa enam bulan.Pemberian tempoh masa yang mencukupi ini adalah supaya majikan dapat membuat persediaan secukupnya bagi menstrukturkan semula gaji pekerja dan operasi perniagaan masing-masing.Kerajaan juga menyediakan mekanisme pelaksanaan yang fleksibel supaya majikan yang benar-benar tidak dapat melaksanakan gaji minimum boleh memohon pelanjutan tempoh peralihan,"-BERNAMA

NOTA : Bagaimanapun, untuk mengelak tohmahan bahawa negeri di Sabah dan Sarawak dianaktirikan Kerajaan Persekutuan, PM berkata untuk tempoh dua atau tiga tahun akan datang, kerajaan berharap kadar gaji minimum bagi negeri-negeri di Sabah dan Sarawak akan diselaraskan dengan kadar gaji minimum di Semenanjung Malaysia. Jadi pandangan saya, satu langkah yang baik kerajaan dalam menyelesaikan isu tangga gaji minimum terutama sektor swasta yang heboh diperkatakan sebelum ini.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Mei 01, 2012

9 Komen:

  1. asyiik.. gaji naik nih....hmmm semoga saja kebutuhan gak ikut naik ya..

    BalasPadam
  2. assalam, berita baik ni...slmt hari buruh

    BalasPadam
  3. selamat menyambut Hari Buruh...pencen nanti boleh kerje swasta...he3x

    BalasPadam
  4. huhuhuhu... ada harapan ke gaji aku di revise tahun nie...

    BalasPadam
  5. erm.. gaji minimum yang sekarang nie pun.. berapa jer..

    BalasPadam
  6. Tak tahan bila gaji naik barang pun naik :(

    BalasPadam
  7. Gaji minimum masih tidak mampu menampung kehidupan di bandar. Sewa rumah sahaja melebihi RM800.

    BalasPadam
  8. salam
    berita baik untuk golongan pekerja
    selamat hari pekerja untuk semua

    BalasPadam