Gaji Baru SSM : Pekeliling Penyelarasan Gaji Bila Nak Keluar?



Pada 8 Mac 2012 lepas , Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan mengembalikan SSM yang ditambah baik dengan pelarasan gaji antara tujuh dan 13 peratus. Setiap agensi kini masih ternanti-nanti pekeliling untuk membuat kiraan gaji untuk dibayar pada bulan berikutnya.

Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berharap pekeliling itu perlu diedar segera kepada semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan bagi membolehkan pembayaran gaji baru dengan kenaikan antara tujuh dan 13 peratus dibuat segera kepada semua kakitangan awam mulai bulan hadapan.

Menurut Datuk Omar Osman,"Selagi pekeliling itu belum keluar semua agensi belum boleh buat kiraan gaji untuk membayar dan kita harap hujung bulan ini pekeliling itu mesti selesai". Jika JPA lambat mengeluarkan pekeliling itu, ia akan menyukarkan jabatan dan agensi kerajaan membuat kiraan gaji baru selain perlu membayar tunggakan gaji yang lebih tinggi pada masa hadapan.

Mengenai penubuhan suruhanjaya bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia yang turut diumumkan Perdana Menteri, Omar berkata ia perlu disegerakan memandangkan pihaknya sudah bersedia dengan kertas kerja dari 23 kesatuan sekerja yang bernaung di bawah Cuepacs.

Sumber: BERNAMA

NOTA: Ingatkan bulan ni dah boleh dapat tangga gaji baru ye? Nampak gayanya kena tunggu pekeliling rasmi dari pihak JPA dahulu. Bila la agaknya? Jangan tergesa-gesa lagi macam SBPA tempohari sudahlah kan ? Biar lambat sedikit, asal semua pihak berpuas hati dengannya nanti.

TERKINI : Pekeliling Gaji Baru SSM sudah keluar untuk tatapan semua, anda boleh download di SINI




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Mac 23, 2012

8 Komen:

  1. Biar lambat pun tak apa, asal ada tunggakan. Lagipun nanti dapat tunggakan baru best sebab dapat sedebuk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. SEDEBUK tu yang tak tahan tengok
      nanti..lepas dah tukar keta baru..
      he he :)

      Padam
  2. Sudah terjamin tunggu sahajalah. :-)

    BalasPadam
  3. Salam
    Rasanya lebih seronok kalau dilambatkan
    Lagi banyak nanti dapat tunggakan
    Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam..
      ermm..kalau saya suka
      juga begitu nanti..

      Padam
  4. betullah, dapat tungakan dekat nak raya nanti pun bagus jugak ... hehehe

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama26 Mac, 2012

    Tunggu Sampai Menang Pilihanraya Nanati lah..

    BalasPadam
  6. kalau buat pengiraan balik, kenaikkan gaji tahunan dengan gaji mati tak sama rata, harap maklum, sekian

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA