Lelaki Kacak Dan Rumahtangga

Lelaki Kacak Dan Rumahtangga

Mudahkah mencari kebahagiaan berumahtangga? Dalam berumahtangga, ukuran kekacakan suami bolehkah dijadikan kayu pengukur kebahagiaan isteri? Kenyangkah isi rumah bila hanya bersuamikan lelaki kacak? Pasti ada yang berkata ia bukan mudah dikecapi kecuali suami dan isteri sefahaman dalam semua perkara. Usah diukur sejauh mana bahagianya sesebuah rumahtangga, sebaliknya belajarlah untuk memperbaiki kelemahan diri dan bersedia menerima kritikan yang membina. 


Sekiranya anda lelaki yang masih belum  berumahtangga,  maka anda masih berpeluang untuk menentukan corak rumahtangga yang bakal diinginkan nanti. Tidak perlu terlalu merendah diri walau anda bukan kategori lelaki yang dikatakan kacak di mata wanita. Namun sebelum semuanya berpanjangan maka ketahui 3 langkah penting untuk mengenali pasangan masing-masing agar anda sentiasa di pandang kacak di mata pasangan anda bila sampai masanya nanti.

Menerima Perbezaan
Manusia tidak semuanya sama. Kata orang rambut sama hitam tetapi hati lain-lain. Kerana itu, kita tidak boleh menganggap fikiran orang lain berfikiran sama seperti kita. Samalah juga dengan kehidupan rumah tangga. Antara suami dan isteri punyai banyak perbezaan dan kelemahan, kerana itulah Allah pasangkan agar kedua-duanya saling melengkapi antara satu sama lain. Terimalah perbezaan yang terjadi tetapi dalam masa yang terluang sekali-sekala cuba ikuti kegemaran pasangan anda dengan  menonton bola, memasak bersama dan lain-lain lagi.

Prihatin Keperluan Diri
Sebelum mengharapkan orang lain memahami diri anda, maka anda sepatutnya  terlebih dahulu prihatin dan kenali  diri anda sendiri. Ketahui serba sedikit tentang makanan yang anda gemari, warna yang anda sukai, pakaian serta lain-lain lagi. Jika anda bukan kategori lelaki kacak, cuba sehabis baik menjadi lelaki kacak pada pandangan anda sendiri dan diterima ramai. Contoh menjadi pembersih dan berpakaian kemas agar penampilan lebih menarik. Sesudah itu barulah anda boleh mengharapkan agar pasangan mengenali anda sebaiknya.

Fahami Karakter Pasangan
Dapatkan karakter atau personaliti pasangan anda dan kenalilah sedalam-dalamnya. Kaji apa yang disukai dan dibencinya.  Setelah itu, elakkan dari membuat kesilapan, agar tidak berlakunya perbalahan atau percanggahan pendapat bila berhadapan isu ini. Prihatin pada mood pasangan anda contohnya mungkin pasangan anda gemar makan banyak apabila bermasalah bagi meredakan ketegangan. Inilah yang dinamakan lelaki kacak memahami personaliti pasangan demi kebahagian rumahtangga. Selamat mencuba!


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, April 29, 2012

13 Komen:

  1. Tip2 untuk lebih bahagia..saya dah baca cukup berhikmah. Wajib kacak dalam rumahtangga. kalau tak hemmm! alamat lah ..tq zuklbo ya

    BalasPadam
  2. Moralnya org lelaki kena kacak, pompuan kena lawo baru seimbang yak:)

    BalasPadam
  3. Assalam...
    Susah juga kadang2 nak fahami pasangan..
    Diri sendiri kalau sedih, memang tak berselera nak makan tapi kalau marah, geram, sapu licin.
    Kesimpulannya, kalau nak cepat gemuk, marah la selalu dan sebelum tu jangan lupa sediakan biskut banyak2, lepas tambah nasi 2 pinggan, makan biskut pulak..

    BalasPadam
  4. Asam garam rumahtangga. Mustahil tidak ada pasang surutnya.

    BalasPadam
  5. Sedangkan lidah lagikan tergigit,ini pula suami isteri...yg penting respek each other...baru aman!

    BalasPadam
  6. tolak ansur mmg penting utk jamin kebahagian...dismping faktor len seperti ekonomi dsb.. :)

    BalasPadam
  7. Salam
    Ujian dan dugaan memang banyak dalam rumah tangga
    Diri sendiri perlu lebih sabar sebelum mengharapkan pasangan bersabar
    Gagal bukan sebelah pihak, jadi tak perlulah menuding jari ke mana2

    BalasPadam
  8. banyak lagi kena belajar ...

    BalasPadam
  9. saling faham memahami
    pasti harmoni
    sikit2 gaduh biasalah perencah rumahtangga tu
    kalau tak de nikmat berumahtangga pulak :)

    BalasPadam
  10. lelaki kacak ni susah gak, nak dapat awek senang.. tapi awek tu mesti selalu cemburu.. hehe

    BalasPadam
  11. hehe..ramai lelaki yang memang kacak semula jadi..

    BalasPadam
  12. Bab memahami, sebelum kawin mungkin xdapt nak betul2 faham, belum betul2 dekat. bila dah kawin cubalah lebih memahami antara satu sama lain, memang akan banyak perbezaan pendapat dsbnya, bertolak ansur memang penting.

    BalasPadam
  13. lelaki kacak perempuan takot, senang main kayu __ :P

    BalasPadam