Lelaki Kacak Adalah Zulkbo

Tetiba sahaja saya rasa nak jadi lelaki kacak? Realiti, saya memang bukan orangnya untuk dikategorikan sebagai seorang yang kacak pada pandangan mata umum, meliputi mata orang lelaki mahupun mata orang perempuan.

Mengapa mesti menjadi seorang lelaki yang kacak? Ermm..susah nak jawab ayat tu kan? Tapi setiap orang ada alasan yang tersendiri bila ditanya. Secara umum, tak perlu penampilan sebagai seorang yang kacak kalau anda tidak melepasi kategori lelaki kacak di bawah ini.

 
Akukah Lelaki Kacak itu? 


PERTAMA: Lelaki kacak perlu pembersih
Kalau yang jenis pengotor tu, muka kacak macam mana pun tak guna juga kan? Ada yang jenis mandi pun malas, asyik sembur minyak wangi je seluruh badan dengan baju yang dicuci seminggu sekali, baik lupakan sahaja.

KEDUA: Lelaki kacak jangan kedekut
Ini pun selalu yang saya jumpa, tahap kedekut mengalahkan 'ulaq tanah' kata orang utara. Bab diri sendiri memang dia tidak berkira. Tapi kalau bab orang lain, jangan kata mengeluarkan wang ringgit, nak keluar tenaga membantu pun payah.

KETIGA: Lelaki kacak berkumis
Ha ha..bab ini sensitif sikit sebab tak semua orang mampu berkumis (bermisai). Kumis saya sendiri pun bukanlah lebat mana pun. Tetapi kerana kumis inilah Mrs saya jatuh cinta pada pandangan yang pertama. Jadi,  sendiri mau ingatlah ye? he he.

KEEMPAT: Lelaki kacak makan baca Bismillah
Kalau kategori ini, dah banyak orang buat kan? Maksud baca Bismillah sebelum makan tu, sebagai seorang islam perlulah kita mengikut batasan agama. Tidaklah perlu tunggu mampu jadi imam baru nak solat kan? Begitulah seterusnya..(tak mahu komen banyak bab ni).

KELIMA: Lelaki kacak mesti sporting
Kerana sportinglah Zulkbo dengan rendah hati join juga contest LELAKI KACAK anjuran Titan, walau tahu entri ini akan jauh terpelanting ke muka 101 carian Google (SERP) memandangkan blog ini semakin bermasalah dengan Google kebelakangan ini.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...