Lelaki Kacak Adalah Zulkbo

Tetiba sahaja saya rasa nak jadi lelaki kacak? Realiti, saya memang bukan orangnya untuk dikategorikan sebagai seorang yang kacak pada pandangan mata umum, meliputi mata orang lelaki mahupun mata orang perempuan.

Mengapa mesti menjadi seorang lelaki yang kacak? Ermm..susah nak jawab ayat tu kan? Tapi setiap orang ada alasan yang tersendiri bila ditanya. Secara umum, tak perlu penampilan sebagai seorang yang kacak kalau anda tidak melepasi kategori lelaki kacak di bawah ini.

 
Akukah Lelaki Kacak itu? 


PERTAMA: Lelaki kacak perlu pembersih
Kalau yang jenis pengotor tu, muka kacak macam mana pun tak guna juga kan? Ada yang jenis mandi pun malas, asyik sembur minyak wangi je seluruh badan dengan baju yang dicuci seminggu sekali, baik lupakan sahaja.

KEDUA: Lelaki kacak jangan kedekut
Ini pun selalu yang saya jumpa, tahap kedekut mengalahkan 'ulaq tanah' kata orang utara. Bab diri sendiri memang dia tidak berkira. Tapi kalau bab orang lain, jangan kata mengeluarkan wang ringgit, nak keluar tenaga membantu pun payah.

KETIGA: Lelaki kacak berkumis
Ha ha..bab ini sensitif sikit sebab tak semua orang mampu berkumis (bermisai). Kumis saya sendiri pun bukanlah lebat mana pun. Tetapi kerana kumis inilah Mrs saya jatuh cinta pada pandangan yang pertama. Jadi,  sendiri mau ingatlah ye? he he.

KEEMPAT: Lelaki kacak makan baca Bismillah
Kalau kategori ini, dah banyak orang buat kan? Maksud baca Bismillah sebelum makan tu, sebagai seorang islam perlulah kita mengikut batasan agama. Tidaklah perlu tunggu mampu jadi imam baru nak solat kan? Begitulah seterusnya..(tak mahu komen banyak bab ni).

KELIMA: Lelaki kacak mesti sporting
Kerana sportinglah Zulkbo dengan rendah hati join juga contest LELAKI KACAK anjuran Titan, walau tahu entri ini akan jauh terpelanting ke muka 101 carian Google (SERP) memandangkan blog ini semakin bermasalah dengan Google kebelakangan ini.





Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, April 25, 2012

23 Komen:

  1. yang penting mencuba bro,mana tau boleh naik nanti..pr bro pun ok..

    BalasPadam
  2. kacak luar, kacak dalam, kacak sini sana ....

    BalasPadam
  3. Jadi lelaki kacak yang budiman dan beramal soleh. :-)

    BalasPadam
  4. wah. baru tau.. lelaki kacak adalah zulkbo rupanya.. !! lama dah mencarinya..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha ha..akhirnya anda ketemui kan..?
      la la..he he

      Padam
  5. taktik SEO ni :)

    moga berjaya sifu...

    BalasPadam
  6. Assalam...
    Gud luck...

    BalasPadam
  7. Saya kacak, saya ok..

    Hahah.. Good luck untuk contest ni.. :)

    BalasPadam
  8. Aok mmg kacak weh segak bergaya :) selamat maju jaya.

    BalasPadam
  9. Oh.
    Anda memang kacak.. :)
    emm, entri contest rupanya ni..
    Good luck..

    BalasPadam
  10. bro zulkbo mmg kacak...hehee

    BalasPadam
  11. Keywords "Lelaki Kacak" skrg sangat kuat ! Kena main off page pulak. Kalau on page je tak boleh~

    BalasPadam
    Balasan
    1. ermm..meaning masuk dalam
      forum ke contohnya Bro ?

      Padam
    2. Setuju...salah satu cara tu bro....

      Padam
  12. iyalah betullah Sangat Kacak tu, nak apa lagi, lelaki seperti inilah kacak Zulkbo. Tapi ada tak tempais ke saya ( berkumis..tapi tak taulah tebal ke tak kumis, apapun kena jaga kumis tu ya )

    BalasPadam
  13. Salam
    Aku juga kacak
    Paling tidak pun ada seorang yang setuju
    Hehe

    BalasPadam
  14. Berusahalah menjadi lelaki kacak mengikut piawai yang telah ditetapkan.

    BalasPadam
  15. hehe..masih bersemangat ye..

    BalasPadam
  16. Tahniah sbb akhirnya bro zulkbo masuk juga...kalah menang adat pertandingan bro...saingan mmg sgt2 kuat....

    BalasPadam
  17. kacak luar dalam..lepas join contest ni, kompem takde masalah dgn google lagi..hihi..

    BalasPadam
  18. wah..bersyarat nak jadi lelaki kacak ni ya..hehee

    BalasPadam