Gambar Iceberg Ikan Paus Pembunuh Albino Pertama Di Dunia

Saintis Rusia telah menyiarkan gambar dan rakaman video apa yang dipercayai,  satu-satunya di dunia seekor ikan paus pembunuh jantan albino dengan keseluruhan tubuhnya berwarna putih bersih. Ikan paus albino ini dipercayai menghuni perairan Kepulauan Komander Rusia di Laut Bering.

 
ICEBERG  Ikan Paus Pembunuh Albino FOTO: YahooNews

Kelibat ikan paus pembunuh albino berwarna putih bersih ini telah di temui kira-kira 3 kali sebelum ini dalam tahun 2010. Cuma baru-baru ini sahaja para saintis menyiarkan berkenaan ikan ini kepada umum. Ikan paus albino itu telah dinamakan sebagai "Iceberg" kerana cara siripnya yang menjulang menyerupai ketulan iceberg. 

Iceberg, seekor ikan jantan dan dipercayai berusia kira-kira 16 tahun. Walaupun  para saintis  masih belum dapat mengenalinya secara lebih mendalam tetapi berharap untuk mengetahui dengan lebih dekat tentang kehidupan dan cara hidup ikan paus pembunuh albino yang dianggap haiwan yang istimewa.

Menurut Erich Hoyt, pengarah FEROP yang juga seorang Felo Penyelidikan Ikan Paus menyatakan di laman blog beliau: "Dalam banyak cara, Iceberg (ikan paus pembunuh albino) ini adalah simbol semua yang baik, liar yang luar biasa dan menarik tentang apa yang ada di  lautan luas menunggu untuk diterokai oleh manusia".



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, April 26, 2012

9 Komen:

  1. unik2..
    igt manusia je albino

    BalasPadam
  2. Harap tak tertipu kali ini....hehe

    BalasPadam
  3. Kebesaran kuasa Allah swt.....

    BalasPadam
  4. ikan paus pun ade albino jugak
    besarnya kekuasaan Allah

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum...

    Moga saudara sihat hendaknya..

    Cuba juga cari video atau gambar keseluruhan ikan paus tu tapi tak jumpa pulak. Nampak finnya jer...

    BalasPadam
  6. Susah nak jumpa nih..jenis albino..

    BalasPadam
  7. Tidak pernah tahu ada killing whale albino.

    BalasPadam
  8. mula2 tngk ingatkan wana itam tu, rupenye yang macam icebeg

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA

Carian Blog