Gambar Proton Preve Kemalangan Di DUKE Dan Patah Gandar Roda

Salam semua, dalam kehangatan promosi kereta keluaran terbaru Proton yakni Proton Preve, datang pula gambar terbaru kereta 'test drive' Proton Preve kemalangan di Lebuhraya DUKE sehingga mengakibatkan gandar depan kereta tersebut patah.

Ini memberi pelbagai andaian di kalangan pembeli yang sedang berura-ura hendak menempah kereta Proton Preve ini, dengan pelbagai andaian negatif seolah kereta Proton Preve tidak berkualiti serta bermasalah berbanding dengan kereta yang diimport.



Dari pelbagai sumber yang saya baca berkenaan kemalangan ini , sumber dari Blog Bro Nescafe Ais ini ada menyatakan sebab kereta Proton Preve  tersebut mengalami patah gandar depannya:

"Kereta ini dipandu oleh seorang salesman di Sentul dengan kelajuan 120 km/h. Namun ketika cuba mengelak sebuah kereta lain, kereta ini terlanggar pembahagi jalan dan terkena bahagian tayar mengakibatkan kereta tersebut melambung. Ketika kereta ini mendarat, hentakan yang kuat menyebabkan tie-rod nya patah. Ini bermakna ia tiada kena mengena dengan defect parts dari Proton. Ini adalah kecuaian manusia, bukan faktor kualiti dari Proton."

NOTA : Moral dari gambar ini pada pandangan peribadi saya, jangan kata kereta Proton Preve, kereta import sekali pun kalau kemalangan pasti akan mengakibatkan kerosakan tertentu yang akan dipersoalkan pelbagai pihak. Jika kebelakangan ini banyak yang kita baca di dada akhbar tentang kereta mewah contoh Lamborghini pun boleh kebakaran hanya kerana masaalah pendawaian, tetapi tidak di hebohkan dengan pelbagai tanggapan negatif. Jadi apalah sangat dengan kemalangan dalam kelajuan 120 km/h tersebut, Proton Preve patah gandar tayar depannya.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, April 21, 2012

15 Komen:

  1. Lebuhraya DUKE tu hadlajunya setahu saya
    hanya 90 km/h je. Ermm..memang merbahaya kalau over speed drive highway tu memandangkan jalan yang beralun-alun dari pengalaman saya menggunakannya..pengajaran juga buat kita agar memandu mengikut had laju yang di tetapkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Xsaited kot test drive preve, tu yg bwk melebihi hadlaju, huh

      Susah ye Nk nyebut Nama kete national kite ni yek, hehehehe

      Padam
  2. biasalah bila berlaku begini mcm provokasi dikeluarkan...

    bawak laju tu, jgnkan preve, kereta bawak selaju tu pun boleh tercabut rantai dia heheheh

    BalasPadam
  3. Salam
    Rasanya kereta kebal je yang tahan lasak
    Selain dari tu, memang mudah rosak bila terlibat kemalangan

    BalasPadam
  4. Pandulah dengan cermat, malang x berbau.
    En. Zulkbo jemput ke entry saya. Please!!

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama21 April, 2012

    hmmnnn...klu tgk body kereta...mcm x melambung psl x nmpak scracth lgsng,ni mesti amik corner laju..den problem kt tie rod....tp klu btul laaaa kereta ni melambung...mmg disarankn sgt2 beli kereta ni...geng2 workshop n kdai ketuk mesti pening kepala...just my 2cent

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama21 April, 2012

    apa tg penting tgk iklan proton boleh elak basiakl lagi x terbabas pun ...kena buat balik iklan tu semula buang yang elak basikal buat elak pembahagi jalan lak.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. yg elak basikal tu bknnya die bawak 120km/h..ade ker org drive dlm bandar bawk laju camtu..

      Padam
  7. Tanpa Nama21 April, 2012

    nama kereta pun bukan melambangkan kereta nasional apa dah jadi ngan proton ni..x sesuaiiiii....

    BalasPadam
  8. emm..nasib tak baik ler tu...
    tengah promo kemalangan lak..pehh!

    BalasPadam
  9. kereta apa pun kalo bwk laju mmg bahaya..

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama21 April, 2012

    kualiti bagus melambung dan terhempas 120 km tapi bumber x cabut bagus tul kualiti proton skang ni

    BalasPadam
  11. Sepatutnya perlu mengucapkan tanniah kepada pihak Proton kerana sudah terbukti ciri-ciri keselamatan yang ada pada model Preve' berfungsi dengan baik.

    BalasPadam
  12. Hari ni terjumpa lambo lak terbako kt highway...hmmm, keta mahai tue...

    BalasPadam
  13. kesian dah test drive.. dah kena ...langor

    BalasPadam