Salam semua, pelbagai versi kisah dongeng bagaimana ikan puyu melompat masuk ke dalam mulut orang dan boleh membunuh dengan durinya yang boleh melukakan kerongkong selalu saya dengar sewaktu kecil dahulu. Tetapi sejak itulah, secara realitinya belum pernah saya mempercayainya hingga dikejutkan dengan berita ini.
Di Kota Bharu, Kelantan, seorang kanak-kanak terpaksa menanggung kesakitan hampir empat jam, selepas tertelan seekor ikan puyu hidup. Muhammad Akhif Danish Shamsuri, 4, dikatakan melihat ikan itu dalam sebuah balang dipelihara datuknya di Kampung Pulai Condong, Machang sebelum memasukkan ke dalam mulut.
Bapa kanak-kanak berkenaan, Shamsuri Shafie, 28, berkata, ketika kejadian, dia tidak berada di rumah dan bergegas pulang setelah diberitahu kejadian tersebut oleh adiknya. Shamsuri bagaimanapun berkata, adiknya sempat memegang ekor ikan itu bagi mengelakkan ia terus masuk ke dalam kerongkong Muhammad Akhif.
“Saya mendapat panggilan meminta saya pulang. Dia beritahu, ikan puyu tersangkut dalam mulut anak saya dan berdarah.“Nasib baik anak saya tidak tertelan ikan itu, jika tidak mungkin keadaannya bertambah parah,” BACA LAGI

Adik Shamsuri dengan segera membawa anak saudaranya ke Hospital Machang untuk rawatan. Bagaimanapun, dia dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZII) untuk rawatan susulan. Doktor kemudian membius mangsa dan berjaya mengeluarkan ikan itu tanpa perlu melakukan sebarang pembedahan.
NOTA : Maka terjawablah teka-teki lagenda Kisah Dongeng orang dulu-dulu tersebut. Ikan puyu tidak melompat terus ke dalam mulut seseorang, tetapi cuba dimakan oleh seorang kanak-kanak (kesian budak tidak tahu bahaya), dan nasib baik tiada perkara yang lebih buruk terjadi. Pengajaran buat kita semua, agar sentiasa mengawasi anak-anak kecil dengan persekitaran dan apa yang menjadi permainan mereka.