(Gambar) Proton Preve Terbaru Dari Proton Dan Mana Identiti Kita?

Nama kereta model terbaru Proton yang sebelum ini menggunakan kod P3-21A akhirnya di beri nama Preve yang diambil daripada perkataan Inggeris, Proof (bukti) dan membawa mesej bahawa kereta itu adalah bukti kepada visi dan komitmen Proton yang berterusan. Ingatkan nama Proton Tuah atau Jebat yang akan diberikan?

 


Dengan berkonsepkan sedan keluarga yang elegan dan selesa, Proton Preve disasarkan untuk pengguna yang sudah berkahwin berusia di antara 20 hingga lewat 40 tahun serta untuk mereka yang ingin memiliki kereta buatan Malaysia  yang berkongsepkan 'family car'.

Menggunakan enjin 1.6 Liter, serta teknologi RESS  yang akan memastikan pemanduan dan pengendalian yang cemerlang juga selamat termasuk model ini turut direka bagi mencapai standard kualiti seperti kereta dari negara Jepun.

Didatangkan dengan tiga varian pada harga bermula daripada RM62,000 sehingga RM75,000, dan enam pilihan warna. Proton Preve akan dilancarkan sedikit masa lagi sebelum memasuki pasaran luar negara.

Ini kata Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir sempena pelancaran nama model baru Proton ini:
 
“Jika ingin ke peringkat global, nama yang dipilih juga haruslah sesuai dan bersifat antarabangsa. Justeru itu, kami memilih Preve bagi membuktikan ianya lebih bermakna,”

INSPIRASI : Realitinya, kenapa nak bangga sangat dengan nama dari bahasa luar? Kenapa tidak digunakan nama tempatan yang sebegitu banyak? Dah tak sedap gamaknya nama yang ada dalam negara kita, sehingga terlalu mengagung-agungkan nama dari bahasa luar. Bukankah nama Tuah, Jebat dan pelbagai yang dicadang sebelum ini lebih menarik untuk ditonjolkan di luar negara, bahawa negara kita mempunyai nama yang baik dan sedap di dengar. Kalau kita sendiri malu dengan nama kita, bagaimana kita nak ada identiti sendiri sampai bila-bila? Kalau betul berkualiti, orang luar tahu menilainya dan bukan hanya pada nama. Nama itu pula sepatutnya, melambangkan identiti negara pengeluar dan sepatutnya kebanggaan kita.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, April 05, 2012

18 Komen:

  1. Ermmm..
    kan dah kena BEBEL?

    BalasPadam
  2. Letak apa pun namanya..

    Asalkan kualiti bagus dan boleh dijual ke seluruh dunia pada saya itu yang paling penting!

    Post Terbaharu Saya - Sah! Preve Nama Model Terbaharu Proton

    BalasPadam
    Balasan
    1. koi sokong...asalkan enjin bagus dan berkualiti :)

      Padam
  3. Pakai nama yg melambangkan Bangsa Malaysia kena bahan,
    Pakai nama luar xdak ciri Malaysia untuk tujuan antarabangsa..

    Bukan senang nk jadi sebuah syarikat multinasional yg memenuhi NAFSU rakyat!!

    BalasPadam
  4. Sokong sangat-sangat dengan penulis. Betul tu.. Melayu sekarang ni tak yakin dengan bahasa sendiri. Sebagai contoh lain cuba tengok nama jalan kat Putrajaya. Presint... Macam tak ada nama Melayu kan?

    BalasPadam
  5. bagi saya, letak jer la nama yang melambangkan malaysia, jgn risau, org luar negara mana faham pon, yg pasti mereka akan cuba menyebutnya juga walaupun pelik, memula la pelik, lepas tu mesti rasa biasa ja

    BalasPadam
  6. Moga dengan nama international begitu, harapan untuk dijual ke peringkat dunia luas mudah2an.

    BalasPadam
  7. tu la pasal
    ni tergeliat lidah nak menyebutnya

    panggil pe 'ah je lah :)

    BalasPadam
  8. Nak nyebut pon payah, prev ke preveeeee...hukk

    Negara lain berlumba2 gnkan bahasa dorg, kalau dh best, org mesti kenal, walau namanya melayu....

    BalasPadam
  9. Tapi lah bro kalau tengok Jepun yang sangat menyanjung bahasanya pun menggunakan nama antarabangsa untuk modal-modal kereta terbaru mereka dan pengorbanan mereka berjaya menguasai pasaran kereta dunia.

    BalasPadam
  10. Salam bro zulkbo,
    Kalau ikutkan hati aku, aku pun nak proton guna nama yg bercirikan malaysia...ttp apa salahnya juga sesekali guna nama "luar" demi kepentingan syarikat itu sendiri...setuju dgn kata bro DH...tgk kt Jepun,Korea pun sama jugak....

    BalasPadam
  11. Setakat nama pun bleh jd bahan? Kelakar lah korang. Kalau nak ikutkan kerata antara bangsa..mcm Honda @ Toyota tak ada pun nama Jepun diaorg letak.. Jd sama lah mcm proton buat skrg ni. Nak komen / kritik / kritik pakai mulut mmg senang.. Try bikin kereta sendiri lah lain kali kalau nl betul2 puas hati. Be cool

    BalasPadam
  12. Mungkin pihak Proton mahukan nama komersial untuk pemasaran global. Kalau kereta import pun mengunakan bahasa asing untuk jenama mereka.

    BalasPadam
  13. Salam
    Moga2 prestasinya juga sehebat namanya

    BalasPadam
  14. lawa la kereta nie...
    kalau murah ckit mesti boleh beli nie

    BalasPadam
  15. Tanpa Nama13 April, 2012

    memang dah murah..

    EXECUTIVE MANUAL RM59,990
    EXECUTIVE AUTO RM62,990
    PREMIUM AUTO RM72,990............

    BalasPadam
  16. Tanpa Nama21 April, 2012

    orang yg komplen mcm2 ni lglah kurang semangat kemalaysiaannya, banggalah dulu dgn kete terbaru mlsia, pas tu baru komplen sikit2. Ni terus2 je nk entam, kalu kita sndiri siang2 da pndang rendah kat produk kita apalah lg org luar. sedar x? Banggalah jd org msia ada kete hebat,

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA