Raja Lawak 6 (RL6) | Minggu Ke-5 (Muzikal)

Minggu ke-5 Gelanggang Raja Lawak 6 (RL6), memerlukan setiap peserta membuat persembahan diiringi pemuzik jemputan yang diketuai Shah Slam. Para peserta dikehendaki menyelitkan unsur nyanyian dalam persembahan komedi mereka dan sejak musim pertama lagi, minggu muzikal sememangnya dinanti kerana pada minggu inilah para peserta selalunya akan tampil dengan persembahan berkualiti.
 

Kumpulan Gman terpaksa akur keputusan juri kali ini, apabila tersingkir selepas mendapat undian terendah berbanding 8 peserta lain yang membuat persembahan di minggu kelima ini. Selain Gman, dua lagi kumpulan yang mendapat undian terendah ialah kumpulan Riki dan kumpulan Skema.

Penyingkiran Gman diumumkan oleh salah seorang juri tetap iaitu Sheila Rusly. Selain Sheila, dua lagi juri tetap untuk setiap minggu ialah penerbit terkenal David Teoh dan pelawak Sathiya. Gelanggang RL6 bersiaran di Pusat Penyiaran Asia, Bukit Jalil turut dipancarkan secara langsung di saluran Astro Warna (saluran 132) dan dihoskan oleh Jozan.

Minggu muzikal yang sepatutnya menjadi kegemaran setiap penonton dan peserta Raja Lawak selama ini, nampaknya gagal dimanfaatkan oleh kumpulan Gman yang di beri tunjuk ajar oleh Cif Kecil Yus (Jambu) dan dengan penyingkiran mereka ini, tinggal 8 lagi peserta untuk meneruskan saingan di minggu hadapan.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Februari 11, 2012

2 Komen:

  1. lawak menghiburkan hati
    layan jgn x layan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ketawa penawar segala
      stress dan penyakit..
      sesekali layan juga walau
      tak berapa nak gelak :)

      Padam