Minggu Ke-4 Gelanggang Raja Lawak 6 (RL6) : Kodan Tersingkir

Bersiaran dari Pusat Penyiaran Asia, Bukit Jalil, Gelanggang Raja Lawak 6 (RL6)  minggu keempat kali ini memerlukan setiap peserta membawakan tema percintaan ke atas pentas. Gelanggang Raja Lawak minggu ini turut diisi penampilan istimewa pemenang Anugerah Juara Lagu 26, Hafiz yang tampil untuk mempromosikan drama lakonannya bersama Johan iaitu Elly dan Epit.
 

Tema cinta yang dibawakan untuk minggu keempat Raja Lawak 6 (RL6) tidak dapat memberi kelebihan buat Kodan apabila dia diumumkan sebagai peserta yang tersingkir kali ini. Kodan sebelum ini dikenali kerana pernah menyertai pelbagai program realiti lain sebagai penyanyi, pelakon serta pengacara dan penyertaannya sebagai pelawak di RL6 adalah satu percubaan untuk dirinya mencapai impian bergelar penghibur.

Kodan adalah peserta dibawah tunjuk ajar Cif Kecil Tauke dan selain Kodan, dua lagi peserta yang mendapat undian terendah ialah kumpulan Selak dan kumpulan 2Yol. Pengumuman penyingkiran Kodan diumumkan oleh salah seorang juri tetap, Sathiya. Dengan penyingkiran Kodan, maka tinggal 8 lagi peserta yang bakal meneruskan cabaran Raja Lawak 6 di minggu hadapan.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Februari 04, 2012

6 Komen:

  1. Benjy satu ketika dahulu macam nak try je masuk program reality ini ... tetapi isteri tidak membenarkan ... hampa seketika :(

    BalasPadam
  2. Antara program reality yang mencabar ialah raja lawak .... kena ada ilham, idea dan macam2 lagi. kalau menyanyi pun tak susah macam raja lawak ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak boleh bayangkan..
      tapi kalau masuk dan
      terkenal..jadi popular..
      sambil tulis blog menderu
      orang masuk blog anda
      Benjy..he he

      Padam
  3. Diharapkan kodan teruskan usaha dan jangan putus asa. Malangnya tak dapat nengok sebab tidal langan astro warna ...isk..isk..isk...

    BalasPadam
  4. nak wat camana..dah rezeki dia..

    BalasPadam
  5. Salam
    Selamanya yg terbaik je yang akan meneruskan cabaran
    Tapi gagal sekali atau beberapa kali masih juga ada peluang mencuba lagi

    BalasPadam