Bahrain vs Malaysia 5 February 2012 : Live Streaming Online




Walaupun Bahrain memiliki kelebihan beraksi di gelanggang sendiri, apa yang paling mustahak adalah memikirkan tentang kelebihan tersendiri Malaysia mampu diterjemahkan untuk menghasilkan kemenangan dan mengumpul 3 mata penuh, sekaligus memadam episod duka pada perlawanan pertama di Bukit Jalil, November tahun lalu.

Pada perlawanan pertama, Malaysia selesa mendahului Bahrain 2-0 hasil jaringan Muhamad Nazmi Faiz Mansor dan Mahali Jasuli, namun 10 minit sebelum perlawanan tamat kita tewas 2-3. Perlawanan kedua yang bermula pada pukul 11.30 malam, waktu Malaysia dijangka berlangsung dalam suasana yang sejuk di antara 10 hingga ke 11 darjah celsius.

Jika misi kali ini berjaya, peluang skuad Harimau Muda untuk sekurang-kurangnya layak ke penentuan play-off Olimpik 2012, kembali terbuka selepas berada pada kedudukan kritikal, menghuni tempat terakhir Kumpulan C tanpa sebarang mata. Perlawanan ini anda boleh saksikan secara LIVE di TV1 dan Astro, juga secara LIVE Streaming di SINI.

TERKINI
Bahrain 2 -1 Malaysia


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, Februari 05, 2012

6 Komen:

  1. assalam, tq atas kemudahan yg diwar2kan....Malaysia Boleh

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam..
      masih ada harapan menggunung
      menanti barisan pemain muda kita
      harapan mereka berjaya melakukan
      sesuatu :)

      Padam
  2. Walaupun ia adalah misi sukar tetapi tidak mustahil untuk Malaysia kembali bangkit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa pun boleh berlaku hari ini
      apa yang boleh di lakukan oleh
      Harimau Muda adalah berusaha
      bersungguh-sungguh

      Padam
  3. Salam
    Sedang menanti dengan penuh debar ni
    Juga penuh harapan
    Hehe

    BalasPadam
  4. semoga berjaya dengan izin allah

    BalasPadam