Raja Lawak 6 : Minggu Ke-2

Raja Lawak 6 (RL6) memasuki minggu keduanya dan menyaksikan masih lagi tiada penyingkiran dilakukan oleh  barisan juri, kerana mereka bersepakat untuk sekali lagi memberi peluang kepada barisan peserta RL6.

Pengumuman tersebut dibuat oleh salah seorang juri tetap Raja Lawak 6, Sheila Rusly, pada minggu kedua Gelanggang Raja Lawak 6 yang disiarkan secara langsung dari Pusat Penyiaran Asia, Bukit Jalil.


Tiga peserta yang terselamat meskipun menduduki tangga terbawah pada minggu ini ialah kumpulan Ketupat, kumpulan Albob dan kumpulan RIki. Pihak juri bagaimanapun turut mengumumkan yang penyingkiran pasti akan berlaku pada minggu hadapan.

Tugasan untuk minggu kedua ini bertemakan hutang dan kesemua peserta tampil dengan pelbagai idea yang berbeza-beza. Namun impak yang diharapkan masih belum sampai walaupun ada peningkatan malah terdapat satu dua peserta yang menyerlah berbanding yang lain.

Raja Lawak 6 masih dihoskan oleh Jozan manakala juri tetap untuk musim ini ialah Sheila Rusly, David Teo dan Sathiya. Peserta yang mendapat perhatian ialah Kodan dan Shiro yang tampil dengan persembahan unik serta mendapat tepukan gemuruh penonton.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Januari 21, 2012

9 Komen:

  1. Bukan mudah nak buat orang ketawa.
    Syabas kepada raja lawak tu semua.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya setuju dengan anda..
      senang buat orang marah kan..?
      tapi,tak mudah buat orang ketawa

      Padam
  2. minggu pertama dan kedua bagi saya hanya 3 kumpulan yg benar benar ada potensi utk kekal lawak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setakat nih semuanya masih
      dalam pemerhatian juri..kita
      tunggu minggu ke-3 nanti..
      siapa yang keluar...

      Padam
  3. minggu kedua dah yek
    ketinggalan zaman kome
    entah lah makin tak meminati pulak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Trafik bang..menurut kajian
      orang Malaysia paling suka
      rancangan Raja Lawak :)

      Padam
  4. bab meniru dan mengajuk, memang johan dan zizan paling best. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kesian pulak kat
      Johan nak kena saman nanti
      dengan Kak Ogy..adehh..ada
      yang tak tahan lawak kasar

      Padam
  5. kecoh je....sejak artis pdai saman menyaman ni,benda2 kecik macam 2 pon nak saman menyaman
    ...hai kesian johan....

    BalasPadam