Raja Lawak 6 (RL6) : Dua Tersingkir Di Minggu Ke-3

Minggu Ke-3 gelanggang Raja Lawak musim keenam (RL6) akhirnya menyaksikan Kumpulan King dan Ketupat menjadi mangsa penyingkiran pertama  selepas mendapat peratus undian terendah pada persaingan minggu ketiga yang berlangsung di Pusat Penyiaran Asia Astro, Bukit Jalil, di sini, malam Jumaat.


King mendapat 6.3 peratus undian, manakala Ketupat dengan undian tercorot, 5.7 peratus. Minggu ketiga RL6 mengangkat tema 'Zaman Sekolah' menyaksikan satu lagi peserta yang berada pada kedudukan tiga terbawah iaitu kumpulan Albob (6.5),  terselamat daripada penyingkiran kali ini.

Mengulas mengenai penyingkiran dua peserta secara serentak pada minggu ini, Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani berkata keputusan itu diambil memandangkan tiada penyingkiran berlaku pada dua minggu pertama.

Selain Albob yang akan terus bersaing, sembilan lagi peserta yang bakal meneruskan persembahan mereka pada minggu hadapan adalah 2Yol, Zero, Skema, Cuit, Gman, Shiro, Riki, Selak dan peserta solo, Kodan.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Januari 28, 2012

11 Komen:

  1. xpernah tgk raja lawak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tak pernah tengok tu
      maknanya tak minat..baik tak
      payah..nanti sakit hati je..
      setakat ini belum ada nilai
      lawak yang saya nampak..masih
      gagah updated minggu ke-3..
      tengoklah kalau dah boring..
      tak updated dah nanti..he he

      Padam
  2. Siapa pelawak pilihan bro Zulkbo?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Realiti buat masa ini
      belum ada satu pun yang
      berkenan di hati..mungkin
      belum terbiasa dengan
      lawak diaorang :)

      Padam
  3. tengok rasa mcm x lawak pun

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setakat ini itulah komen
      koi juga..tapi nak buat
      goner dah nama Raja Lawak
      nak tengok jua sampai mana
      lawaknya nih..huhu

      Padam
  4. Salam
    Tema zaman sekolah, teringat dengan pengalaman kena denda
    Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam..
      macam perli kita semua
      yang sibuk dengan contest
      SEO tu je..he he..layan!

      Padam
  5. aku dah agak, 2 kumpulan ni yang akan keluar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ramalan anda menjadi kenyataan
      apa nak buat..memang tak lawak
      2 kumpulan nih..nasib dapat
      beraksi sampai minggu ke-3

      Padam
  6. Sa;am Zulk,

    Musim baru ni belum pernah sekali menonton Raja Lawak.

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA