Pengalaman Saya Kena Denda Di Sekolah Menengah

Salam pembaca semua, lama juga saya tak join contest SEO  yang dianjurkan rakan blogger, sejak contest Hidup Seorang Blogger yang dibuat oleh Bro Denaihati dahulu. Masa saya join contest itu, blog saya masih bernama zulkbo.blogspot dan berpagerank 2.

Kini pun blog saya masih berpagerank yang sama dan setia menggunakan Blogspot, cuma nama domain bertukar pada awalan www. Saya akui sukar untuk bersaing dengan blog Wordpress dalam contest-contest SEO, tetapi sekadar mencuba apa salahnya kan?

Pertandingan Pengalaman kena denda di Sekolah ini dianjurkan oleh AhmadFaizal.com dan Earncent.com dan ditaja oleh Azmanisma, Contengconteng.com, LelakiAcai.com, Ohbuku, Abrablog.com dan PanduanTNX.com

Jom kita layan pengalaman saya kena denda sewaktu di sekolah menengah yang masih segar dalam ingatan. Bila dikenang-kenangkan, menjadikan saya tersenyum sendirian. Harapan saya, mana-mana watak yang termasuk di dalam kisah ini,  janganlah ambil hati pula ye?

Bersekolah menengah di SMKJ2, di sebuah negeri yang aman makmur, Pahang Darulmakmur. Sekitar tahun 80 an, sekolah menengah luar bandar ketika itu memang kurang  kemudahannya terutama yang berkaitan dengan hiburan, jadi apa fesyen yang mempengaruhi pelajar?

Fesyen berpakaianlah selalu menjadikan guru-guru pening kepala ketika itu, terutama budaya rock kapak yang menular ke sekolah melalui pembacaan majalah hiburan seperti URTV, walaupun ketika itu tv pun belum boleh ditonton macam sekarang.

Almaklum masa tu seingat saya, mana-mana rumah yang nak dapatkan siaran TV3 terpaksa pasang antena tinggi sampai mencecah 50 kaki dari tanah pun ada. Bila angin kuat sikit, dah hilang siarannya. Silap haribulan antena tumbang menimpa bumbung rumah..he he.


Agak-agak anda yang telah menjadi guru sekarang, kalau pelajar berfesyen seperti di atas, denda apa yang anda akan kenakan kepada mereka? Kalau guru zaman sekolah 80 an dahulu, fesyen berseluar ketat di atas amat dilarang dan akan menjadi kesalahan. Denda  yang bakal menanti anda, antaranya berkemungkinan di rotan!

Kalau guru 80an, rotan di punggung dan di dalam dewan sewaktu perhimpunan adalah perkara biasa sebagai pengajaran buat para pelajar. Cara terbaik kalau dah memang kaki kena rotan di "public canning" ini, adalah meletakkan pelapik di punggung contoh, letak buku tulis atau surat khabar.

Lama kelamaan ada guru disiplin yang perasan, silap hari bulan dia akan tambah berganda pulak rotan kali ini, maka berbalarlah dengan kesan rotan yang menjadikan anda terkenang-kenang sehingga kini. Masa tu, dendam pun ada dengan cikgu (jauhi sifat ini). Tapi tidaklah sampai melakukan sesuatu yang negatif untuk membalas dendam.

Bila dah besar panjang dan beranak pinak ini, barulah tahu kenapa guru cuba mendisiplinkan kami agar menjadi manusia yang berdisiplin dan mematuhi undang-undang. Tidak pernah menganggap apa yang guru lakukan sebelum ini dosa mereka kepada kami, tetapi lebih kepada didikan seorang  guru kepada anak didikannya. 


Akhir kata, buat para guru yang telah mendidik kami agar menjadi manusia berguna, sekalung tahniah buat kalian yang berusaha bersungguh-sungguh tanpa mengharapkan balasan dari kami. Terima kasih cikgu, tanpa kalian siapalah kami yang mungkin tidak mengenal ABC.

Al-Fatihah buat guru-guru yang  telah meninggalkan kami buat selama-lamanya menemui Pencipta Yang Abadi. Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh kalian dan di tempatkan di kalangan orang-orang  yang soleh dan solehah di sana. Wassalam.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, Januari 26, 2012

51 Komen:

  1. Wah semuanya memakai seluar fit ikut kaki. Kalaulah dapat dek guru disiplin sekolah saya akan dikoyakkan seluar sampai ke peha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha sampi ke peha uh aurat tu bro ab hee..

      dulu zaman saya depa suka labuhkan kain meleret sampi lantai heeee

      Padam
    2. seluar tempah kedai belaka masa tu..sanggup kerja part time
      kutip buah sawit leroi buat tempah seluar..ada juga kes yang guru gunting seluar-seluar tu..tidak mematahkan semangat untuk tempah lagi he he..

      Padam
    3. Yang pastinya tukang jahit lah yang paling untung.

      Padam
  2. Hehehe zaman rock dulu mmg budak3 sekolah pakai selar ketat singkat :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita sezaman tak bro?
      atau anda muda berapa tahun
      1988 saya dah tingkatan 5

      Padam
  3. Waaaaah.... zaman rock kapak ni.
    Ramai juga kawan-kawan blogger yang nakal sewaktu sekolah yer.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nakal juga..biasanya tengah
      nak besar tu..alhamdulillah
      jadi "orang" juga sekarang :)

      Padam
  4. Pakaian sudah rock.. Yang kurang cuma isyarat tangan "gaya rock!" :D

    BalasPadam
  5. slm en.zul...
    semoga happy2 selalu....

    heheheh...wah....gambar yg pertama tu tu dh mcm poster kumpulan rock plak....heheheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam..
      alhamdulillah sihat..harapan anda juga begitu Zella
      sihat hendaknya..zaman yang telah berlalu..tinggal
      kenangan mengusik jiwa :)

      Padam
  6. salam..
    wah mmg duku pakai seluar ketat cayalah heeee

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam..
      kalau tak ketat member cakap
      tak GENG la pulak..he he

      Padam
  7. pic di atas tu sah2 blh buat stu kumpulan rock heeeee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada juga belajar nak jadi Rockers
      tapi petik gitar tak jadi la pulak..he he

      Padam
  8. memang seluar ketat2 dulu ya... :)

    semoga bertuah dalam contest ini .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih..tidak mengharapkan
      kemenangan..sekadar mengetahui
      prestasi blog di carian enjin :)

      Padam
  9. huiyoh, hehe. speechless. mmg zaman muda, muda sungguhlah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terkedu ke..?
      itulah zaman saya dulu-dulu
      :)

      Padam
  10. seluar ketat cawat pendek...zaman rock kapak.
    good luck utk contest "Pengalaman Saya Kena Denda Di Sekolah"

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cawat pendek tu yang tak tahan
      asyik terkepit je..ha ha

      Padam
  11. Assalam..
    Rajin pulak en. Zul join ek?
    Moga berjaya...

    Zaman saya dulu, ada pelajar tudung sikgkat kain labuh tapi saya tak termasuk la...budak baik..hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam..
      alhamdulillah..smoga menjadi
      baik sampai bila-bila Iza :)

      Saja join contest ini..menguji
      sejauh mana blog kita di carian
      enjin..bukan hadiah kemenangan
      yang di harapkan :)

      Padam
    2. Saya pun baru je sudah taip entri, ada hati nak join juga walaupun PR jatuh merudum..

      Padam
    3. PR tu lagi sekali Google
      updated PR dapat la balik
      jangan risau..sama je macam
      saya dulu :)

      Padam
  12. slmt mncuba , en.zul

    wah ramping skali mase muda yer ... :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bab ramping memang saya akui
      zaman susah tu..makan tak cukup
      gamaknya..tak dapat dah saiz
      pinggang begitu lagi :(

      Padam
  13. jelas terbayang zaman rock tu! :) teringat masa sekolah menengah kena denda berdiri tengah padang...matahari terpacak pulak time tu..aduii..tp apa2 pun terima kasih pd cikgu2 yang mendenda sampai la kita semua boleh la dikatakan berjaya pada hari ni....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adeh..cuba membayangkan
      pelajar pompuan kena denda
      zaman saya dulu susah nak
      jumpa perempuan kena denda

      Padam
  14. huh hebat deme and the geng tu yek

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hebat tu idaklah tapi
      Lagenda sekolah nih..he he

      Padam
  15. Waaaaa...sekolah zaman rock kapak nih. SEmua sluar ketat2..en zul musti yg paling kiri tu kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tepat sekali..pandainya dia meneka
      satu sekolah ke kita dulu erk..?

      Padam
  16. Salam zul, kawan dulu kerap ngat kena denda disekolah :(
    bukan jahat tapi nakal :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam Yassin..
      kita semua bukannya jahat pun..
      orang jahat mereka mencuri..
      nakal je..almaklum tengah nak besar:)

      Padam
  17. haha..teringat zaman dulu masa tengok gambar tu.
    ok. nanti aku update kat entri terkini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang zaman dulu pun gambar tu
      lebih 20 tahun gambarnya :)

      Padam
  18. Sekurang2nya ada teman saya yg berdot com berbanding saya yg masih lg blogspot....tidak la sy keseorngan...he3x!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hebat tu..apa rahsianya
      cer kongsi sikit..he he

      Padam
  19. haha... kenangan. walaupun kene denda, tp bile ingat balik ianya satu kenangan yang manis bersame kawan2...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenangan yang tidak mungkin boleh
      di beli dengan wang ringgit :)

      Padam
  20. wah ada lagi gambar ek ? tegoda tengok seluar ketat kehkehkeh lawak je ..

    oo dedulu fesyen gitu baru cek tau

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fesyen budak sekolah
      80 an dulu Puan..bila
      di imbas kembali memang
      nak ketawa dan tak sanggup
      nak pakai..he he

      Padam
  21. peh nampak bernostalgia gambar tu bro zulkbo, tahun berapa ni?... btl la, masa dulu2 cikgu anti btl seluar ketat2 anyway contest SEO kan? hehe blogspot punya makanan la plak ye :D

    BalasPadam
  22. undang² sekarang pelajar tak boleh disentuh..kerana pelajar tak salah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ermm..pulak dah..habis sapa
      yang salah agaknya ye..?

      Padam
  23. Nakal gak Zulkbo nie...
    btw nie blogspot kn?
    power..
    hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nakal sikit2 je Bro..
      tara nak besar..
      Blogspot?Yuppp...
      mana ada power..
      cap ayam je..he he

      Padam
    2. hehehe...nama bro kan femes bab2 seo blogspot nie...
      semoga menang la, :)

      Padam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA