Di Bandar Leka Sekejap Pun Kereta Disambar Penyamun

Salam semua, terbaca berita dalam  suratkhabar sebentar tadi, menjadikan saya menggeleng kepala berulang kali, sampai anak lelaki saya yang sibuk bermain Ipad di belakang bertanya, "kenapa ayah geleng kepala"? Saya hanya tersenyum simpul sahaja tanpa menjawab soalan anak lelaki saya yang berumur 7 tahun itu.

 
BACA SETERUSNYA

Kehidupan di bandar yang penuh mencabar ini, bukan sahaja penuh dengan cabaran mencari nafkah kerana keperluan hidup yang mendesak. Ditambah dengan keadaan sara hidup yang meningkat dari sehari ke sehari menjadikan manusia yang terdesak sanggup melakukan apa sahaja.

Jika kita fikir secara logik, kereta yang dicuri tersebut di mana hendak di gunakan? Kalau penyamun tersebut menggunakan untuk tujuan peribadi, bermakna mereka adalah orang yang bodoh kerana menempah ditangkap polis. Sekejap sahaja polis akan jumpa balik kereta tersebut melalui nombor pendaftaran kereta.

Ada 3 kemungkinan besar, penyamun ini mencuri kereta. Pertama sekali ianya akan di gunakan untuk tujuan jenayah di mana  mereka akan menggunakan nombor pendaftaran yang palsu dan selepas melakukan aktiviti jenayah mereka, kereta itu akan ditinggalkan di mana-mana atau di lupuskan (bakar).

Kedua, seperti yang saya terdengar berita TV malam tadi, aktiviti pencuri kereta ini di dalangi sindiket besar yang akan menjual kereta ini di luar negara (anda bayangkan betapa canggihnya mereka?) di mana kereta ini akan di ekspot ke luar negara dengan mudah melepasi  sempadan negara menggunakan jalan laut.

Ketiga, kereta ini akan dileraikan segala komponen luar dan dalam, dan akan dijual sebagai alat ganti kereta terpakai yang banyak tumbuh seperti cendawan lepas hujan di negara kita. Di sini kita boleh simpulkan, kalau ada permintaan maka adalah penawarannya yang kebanyakan adalah hasil kereta curi tanpa kita ketahui.

Anda mungkin tidak perasan atau pun tak mahu ambil peduli, bila mendapatkan alat ganti terpakai yang sudah tentu murah harganya. Yang penting sebagai pengguna, faktor harga murah menjadikan kita tidak pernah mempersoalkan dari mana mereka dapat alat ganti tersebut kan? Secara tidak langsung kita adalah penyumbang kepada permintaan tersebut.

Selalu saya menasihati isteri saya, bila memandu sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling. Jangan sesekali meninggalkan kereta dalam keadaan enjin yang hidup tanpa menguncinya. Kalau anak tidur di dalam sekalipun, kejut anak dan bawa sekali walau hanya berhenti sebentar membeli kelapa parut di kedai runcit.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Januari 27, 2012

25 Komen:

  1. Teringat berita mengenai kehilangan kereta Proton Perdana ketua Polis Selangor tahun lepas. Pencuri tersebut pulang balik dan siap meninggalkan nota.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha ha..tersalah curi..takut atau
      respek bila dia pulangkan balik
      kereta tersebut agaknya..?

      Padam
  2. Kerana "ditinggalkan sebenatar" itulah yang menyebabkan semua itu terjadi..

    Perlu lebih berhati-hati..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sikap acuh tak acuh ni lah yang
      di ambil kesempatan oleh penyamun
      ini..mereka selalu memerhatikan..
      maaf saya katakan kebanyakan pemandu
      wanita :)

      Padam
  3. salam..
    uih, isteri cik zul beli kepala parut kat kedai runcit? seram tu..ahahaha

    siannya sape jd mangsa..bharap jgklah tak berlaku ke atas diri sendiri..

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam..
      beli di kedai runcit di kawasan perumahan..
      kenapa Adilah tak pernah dengar ke, atau
      tak pernah belikan..he he..kalau di kampung
      parut sendiri je..siap ada mesin parut kelapa
      di rumah mak.

      Padam
    2. cuba tengok betul2 ejaan kelapa cik zul tu..jadi kepala..itu yg pelik tu :D

      Padam
    3. Ye ke..?adehh..kesilapan ejaan
      almaklum mata dah rabun nih menaip
      malam-malam..terima kasih :)

      Padam
  4. salam en.zul...
    busy ke harini??
    dh breakfast...

    tu la kan...kdg2 kita ingat nak tinggalkan sekejap kereta dgn enjin hidup sebab nak kemana2 cuma sebentar..tak sangka perkara2 buruk mcm ni boleh berlaku.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam Zella..
      alhamdulillah..selalu sihat..begitu jua anda di sana, harapan saya sihat juga..

      kerana sikap merasakan sekejap sahaja inilah yang penyamun telah lama perhatikan dan mereka segera mengambil kesempatan..ada kes anak masih tidur dalam kereta, nasib baik anak-anak ditinggalkan di mana-mana..kalau nasib kurang baik, takut di jual pula sebagai pengemis di negara orang.

      Padam
  5. Assalamu'alaikum Zul

    Sekarang ni di mana-mana saja kita tak boleh alpa.. kak pernah diambil hp dalam rumah sendiri ketika berurusan dgn penjual buku, tinggal sekejap je dia bersendirian dia ambil hp tu.. sedar bila dah lama masa berlalu (selepas dua jam).. kes kedua ketika kenduri kahwin anak, lappy anak dan wallet serta hp anak saudara dikebas orang.

    Kes ragut di hadapan nursery kerap berlaku iaitu ketika ibu sibuk nak angkat anak daripada kereta ke dalam nursery.. memang menakutkan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam kak..
      simpati saya dengan kehilangan
      barangan kakak itu..pernah juga
      terjadi masa kenduri saudara mara
      di Kedah dulu..ternyata penyamnun
      ni di mana-mana kan..?

      Padam
  6. Penjenayah sekarang ni dah bijak. Sparepart curi tak lagi dijual dgn harga murah.Biasanya mereka akan campurkan dengan sparepart terpakai bukan curi. Untung lebih. Kita pun tak tau yg kita ni terbeli barang curi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ermm..lagi canggih kedengarannya..
      memang rugi habis kita bila mereka
      mengaku barang baru dan kita pula
      terbeli :(

      Padam
  7. di zaman ini, penyamun ada dimana-mana. Jadi berhati-hatilah setiap masa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pantang kita apla sahaja
      habis lesap di sapunya..
      selipar pun selalu hilang
      di masjid..bayangkanlah..
      penyamun di manaa-mana

      Padam
  8. Pakcik saya pernah kereta hilang sebelah malam dan dia buat repot polis,menjelang pagi polis call keta dia dijumpai dalam kontena kat pelabuhan kelang,dah siap nak eksport ke luar negara jiran.Cepat betul mereka buat kerja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hebat betul PDRM ye..
      tapi penyangak ni tak
      takut nak buat jenayah
      tetap berlaku juga kan..?

      Padam
  9. jangan tinggalkan kereta tanpa kunci walaupun seminit,,,,mungkin ada jer mata yang memerhatikan kealpaan kita,,,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya setuju dengan nasihat
      anda itu..lebihlah berhati-hati

      Padam
  10. assalam, sungguh pantas gerakan si perompak...kita pulak tidak boleh cuai dan leka...

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam..
      sepantas kilat..kurang 5 minit
      macam kes di atas..kata orang
      buang air kecil pun tak habis
      lagi kereta dah lesap kan..?

      Padam
  11. Zaman sekarang bro....asal barang jadi duit..:(

    BalasPadam
  12. Assalam..
    Saya pun tak berani nak keluar jauh2 sorang2..

    BalasPadam
  13. ish takut pulak..harap2 la kereta ciktom sentiasa selamat n dilindugi dr perkara curi ni...

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA