Kad Kahwin Lisa Surihani Dan Yusry KRU Simple Ke?

Salam pembaca semua, terjumpa gambar kad jemputan majlis kahwin Lisa Surihani dan Yusry KRU dalam blog beautifulnara.com, yang kelihatan agak simple sahaja untuk majlis perkahwinan 2 selebriti terkenal negara. Majlis perkahwinan yang bakal diadakan pada hari Ahad, 26 Februari 2012 nanti, saya pasti akan mendapat jolokan "Wedding Of The Year 2012". 


Tapi berdasarkan  pengalaman saya, pasangan Lisa Surihani dan Yusry KRU pasti ada membuat pelbagai versi kad jemputan majlis kahwin mereka. Jenis kad yang diberikan kepada tetamu juga sudah tentu mengikut kategori yang mereka berdua tafsir sendiri, memandangkan harga kad jemputan kahwin pun bukan murah sekarang ini.

Selalunya tetamu yang bertaraf VVIP pasti akan mendapat kad jemputan yang pasti lebih menarik dan cantik berbanding kad yang diberi kepada tetamu bukan kenamaan yang lainnya kan? Saya sendiri pun, buat majlis kahwin saudara mara dahulu membuat cara sebegitu, jadi inilah telahan saya tentang gambar kad di atas.

Tapi hari ini jangan terkejut, besok saya mendapat satu jemputan ke majlis kahwin anak perempuan rakan saya, yang bakal diadakan di sebuah dewan serbaguna di Cheras  hanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) sahaja. Ermm..betul-betul jimat rakan saya seorang ini! Tetapi saya pasti beliau ada alasannya tersendiri.




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Januari 27, 2012

18 Komen:

  1. Budaya orang Melayu kalau kehabisan kad jemputan tak apa asal datang jumpa memberitahu. Kalau setakat hantar kad jemputan kahwin tidak cukup perlu dihantar dengan tangan. :-)

    Perkahwinan pertama kali tentulah diabadikan sebagai kenangan tetapi bagi yang kali 2 mungkin tidak kisah sangat sekadar syarat penting. Terpulanglah. Jangan nanti mengadu tidak ada apa-apa yang dapat diabadikan nanti untuk anak-anak dan cucu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju dengan kedua-dua pendapat
      anda Bro..orang melayu kalau di
      kampung langsung tak kisah sapa
      nak datang makan semua di alu-alukan
      siap bungkus bawa balik lagi :)

      Padam
  2. Assalamu'alaikum Zul

    Elok simple macam ni, kak suka macam ni..tak ada kalimah Allah di kad tersebut, jadi tak perlu risau nak lupuskan.. kak ada banyak kad-kad yang perlu dilupuskan, biarpun dalam tulisan Rumi kalimah Allah tu tetap mulia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam wbt..Kak.
      nampak gaya memang telah banyak
      kesedaran di kalangan orang islam
      di negara kita tidak meletakkan
      ayat-ayat Al-Quran di dalam kad
      kahwin mereka..satu perkembangan
      yang baik :)

      Padam
  3. Jemputan kahwin melalui SMS? Kalau dapat kat orang tua saya confirm dia tak pergi tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau orang tua Saya dapat tentu dia pun tak pergi sebab dia tak pernah baca SMS :D

      Padam
    2. Samalah dengan ayah saya juga..
      dengar telefon pun boleh terbalik
      inikan nak baca SMS..he he

      Padam
  4. slalu kad jemputan nih utk sedara-mara dan kawan2 rapat aje. selebihnya kita gi jumpa dan jemput ke rumah. tak pun kalau jauh, telefon aje.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu..kalau mak ayah koi
      dulu ke rumah sedara mara jemput
      kalau hantar kad saja pun tak mboh
      mari nya..merajuk la kononnya..he he

      Padam
  5. dah nak kwin huaa...lis ammg kawa..yusri mmg nak cri yg lawa jer heeee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah lama Yusry mencari
      akhirnya ketemu jua ye..
      Lisa pun baik orangnya..
      elok la tu..tak de yang
      nak marah :)

      Padam
  6. moga mrka akan kecap bahagia akhir hayat ..

    BalasPadam
  7. Kalau kat tempat saya dtg bertandang mengajak lebih dihargai berbanding kad yang yang diberi. Kadang2 ada yang merajuk kalau setakat bagi kad je tapi tuan punya majlis x nampak muka mengajak..

    BalasPadam
  8. semoga lisa & yusry bahagia sampai akhir hayat

    BalasPadam
  9. Assalam...
    Zaman sekarang pakai jemput dalam Facebook pun dah berlambak...

    Moga pasagan tersebut bahagia ke akhir hayat..

    BalasPadam
  10. la ni yg jauh2 org panggil guna FB jer..

    tp di tempat saya ni, masih lagi amalkan cara lama.. dtg bertandang ke rumah jiran.. saya kahwin dulu pun, minta tolong adik2 saya, seminggu sebelum kenduri, tolong jengah ke tiap rumah jiran & jemput jiran2 yg dok lain lorong..

    BalasPadam
  11. Salam,
    akupun fikir yang mungkin ada beberapa versi kad jemputan Yusri & Lisa

    BalasPadam
  12. Masih ramai yg suka "jemput mulut"

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA