Kena Denda Di Sekolah Menjadi Pengalaman

Salam semua, pengalaman kena denda di sekolah menjadi pengalaman berguna buat saya setelah dewasa dan berkeluarga sendiri. Bentuk hukuman yang pernah digunakan guru-guru semasa bersekolah dahulu, dapat saya praktiskan ketika menghukum anak-anak di rumah.

Antara hukuman yang paling popular guru-guru sekolah dahulu yang saya praktiskan di rumah adalah merotan tapak tangan. Jika guru-guru di sekolah dahulu merotan sekuat hati di tapak tangan saya yang terlupa membuat kerja rumah, saya hanya merotan dengan agak perlahan.


Antara kesalahan anak-anak yang mendapat hukuman dirotan tapak tangannya  adalah apabila bercakap yang kurang sopan dan cubaan menipu. Pengaruh berkawan dengan anak-anak jiran mahupun di sekolah menjadikan meraka kadang-kala mula bercakap ayat yang tidak sepatutnya.

Amaran diberikan sampai 3 kali, tapi jika masih melakukannya,  jalan terakhir adalah dengan merotan tapak tangan sebagai denda. Selalunya menangis punya apabila nampak saya pegang rotan, belum sempat saya rotan pun mereka dan berjanji tak akan buat lagi. Kesian pun ada bila tengok begitu :)

Harapan saya setiap kali saya hendak menghukum, tidak perlulah sehingga merotan mereka. Cukup sekadar amaran mulut sahaja, tapi nampak gayanya dengan menyimpan sebatang rotan di rumah menjadi satu simbol hukuman yang bakal menanti pada anak-anak sebagai jalan terakhir.

Pertandingan Pengalaman kena denda di Sekolah ini dianjurkan oleh AhmadFaizal.com dan Earncent.com dan ditaja oleh Azmanisma, Contengconteng.com, LelakiAcai.com, Ohbuku, Abrablog.com dan PanduanTNX.com


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Januari 27, 2012

21 Komen:

  1. Memang perlu dibuat tindakan seperti itu... Jika sayangkan anak-anak.

    Post Terbaharu Saya - Harga Sony Tabet S Diumumkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ermm..ada juga praktis
      rotan sebegini di rumah
      anda Bro..?

      Padam
  2. Hehehe...saya tak bro...asal tanduk dh keluar mesti kena punya laa...tp seb bek org umah jenis kaki bebel jerr...so kurang sikit la derang kena ngan saya...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ermmm..anda memang
      pasangan yang ideal
      selamat berbahagia
      selamanya Bro :)

      Padam
  3. Ketika kecil dahulu agak nakal selalu kena rotan dengan emak. Apabila bapa saya balik dia akan kerat-kerat rotan tersebut apabila ada kesan lebam rotan dikaki. :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bapa anda ada cara beliau
      yang tersendiri dalam mendidik
      anak-anak..mungkin cara kita
      berbeza..tapi setiap bentuk
      hukuman bukan untuk mendera
      lebih kepada pengajaran dan
      didikan mendisiplinkan diri.

      Padam
  4. Sekarang ni mana boleh nak denda suka-suka.Tu yg budak2 naik tocang tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika guru di sekolah..
      diharamkan merotan pelajar
      sekarang ini..jangan buat
      pasal..rotan anak sendiri
      di rumah sudah lah :)

      Padam
  5. Assalam...
    Saya pun berhasrat nak cari rotan sebatang
    sebagai simbol pengajaran untuk anak2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam..
      beli je satu..banyak di jual
      di kedai karpet..tujuan asal
      rotan itu untuk pukul habuk
      karpet :)

      Padam
  6. rotan di rumah ni dah disorokkan oleh anak2.. pernah jumpa sekali masa dok kemas2 rumah.. pastu hilang balik..

    tp memang patut ada rotan di rumh.. bukan nak pukul anak teruk2.. tp sbg ingatan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pandai pula mereka jumpa
      dan sorok rotan tu ye..?

      Padam
  7. sayang anak pukul-pukulkan
    sayang bini tingal-tinggalkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sayang bini jangan tinggal-tinggalkan
      koi tak berapa setuju nih..bawa sekali
      walau kemana anda berada..he he :)

      Padam
  8. Salam,
    dulu-dulu kita memang selalu dihukum dengan rotan.. saya pun pernah bengkak jari sebab dirotan guru, itulah antara pengalaman di sekolah. Tapi anak2 sekarang ni sudah semakin kompleks.. kadang tak gerun pun dengan rotan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam..
      begitulah realiti masakini
      saya pasti ramai mak ayah
      terkini pun sudah tak rotan
      anak-anak mereka..amalan
      usang pada anggapan mereka

      Padam
  9. Zaman sekarang dah tak boleh pukul. Nanti cikgu kena 'pukul' dengan parents.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pelajar memang tak boleh pukul
      sekarang ini..banyak sangat songehnya
      susah nak didik kalau begitu kan..?

      Padam
  10. owh praktis denda anak2 kat rumah pulak ye..hehee...
    ciktom xkawin lagi so xpernah lg praktis..nak praktis kat stdt xsesuai plk..dah besar2..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uikss..berani ke rotan anak
      murid sekarang...ermm..banyak
      songehnya nanti :)

      Padam
  11. Hari tu saye ngan kawan2 kene rotan ngan cikgu sains sebab xdapat jawab soalan dekat depan.hehehe.sedap bila rotan melekat dekat tapak tanagn (:

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA