Hari Graduasi Ilham : Ermm Makin Besar Anak Ayah



 
GAMBAR: Berdiri di kanan  Zul Khair Ilhami dengan rakan sebayanya.


Salam semua, baru 3 hari lepas saya kongsikan dengan pembaca semua berkenaan anak lelaki saya ini, tentang kisah "tungau ayam" nya . Dia sendiri ada membaca di blog saya dan tersenyum sahaja. Cuma yang menjadikan beliau fobia apabila melihat gambar tungau ayam yang di perbesarkan itu. Adehh..lepas ni confirm tak main pasir lagi nih.

Zul Khair Ilhami, Ummi dan  rakan-rakannya memanggil beliau dengan nama Ilham, tetapi saya lebih suka juga memanggil beliau dengan panggilan Khair. Nama yang baik, bermaksud yang baik, semoga menjadi anak yang baik dunia dan akhirat. Hobinya sekarang adalah main game ipad2 saya, dan saya perhatikan semua stage dia boleh habiskan.

Sabtu lepas adalah hari graduasi beliau yang kedua di sekolah yang sama. Menduduki Pra Sekolah dari umur 5 tahun (tahun lepas) menjadikan beliau, seusia 5 tahun sudah boleh membaca dan mengira. Bila di fikirkan zaman saya dulu, umur 7 tahun masih merangkak hendak membaca.

Tahun depan Ilham akan memasuki darjah satu di sekolah yang sama. Sepatutnya Ilham hendak dihantar belajar di sekolah yang lain kerana sekolah yang sekarang adalah sekolah yang sama dengan Umminya mengajar. Takut guru-guru lain serba-salah nak marahkan anak rakan guru sendiri.

Memandangkan isteri saya masih menyambung pengajiannya secara sambilan di Universiti berdekatan, kekangan masa dan faktor lainnya, memaksa Ilham di hantar menduduki darjah satu di sekolah yang sama tahun hadapan. Saya yakin sikap profesional guru-guru mengatasi soal peribadi.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, November 15, 2011

23 Komen:

  1. Tahniah! Semoga menjadi anak yang berjaya di dunia dan akhirat.

    :-)

    BalasPadam
  2. Macam kembar pula..

    Alam sekolah makan sudah ditinggalkan, cabaran yang lebih hebat menanti dihadapan..

    BalasPadam
  3. @Cheqna

    Amin...
    terima kasih
    doa anda tu :)

    BalasPadam
  4. @Anif®

    Kembar lain mak
    dan lain ayah..he he

    BalasPadam
  5. Salam bro, tahniah anak dah bergraduasi, banyak cabaran nak didik anak nie...Tahniah juga buat bro dapat mendidik anak sewaktu isteri sambung belajar, bukannya senang tu..

    BalasPadam
  6. eh.ada je guru² marah anak rakan sejawat sendiri..hehe

    BalasPadam
  7. kira tahun satu tahun depan sama baya dgn anak bro akubiomed tu leh hee..

    BalasPadam
  8. sy menyukai melihat anak mmbesar..dari kecil d lahirkan dah besar tapak kki hee..

    masa mmg sungguh deras berlalu kan bro..

    BalasPadam
  9. wah..tahniah buat Ilham..macam kembar je mereka berdua ni :)

    BalasPadam
  10. Wah cantik baju graduasi anak bro Zulkbo. :-)

    BalasPadam
  11. comelnya anak abg zul...semoga menjadi anak yg soleh yg membanggakan abg zul dan istri ya

    BalasPadam
  12. Salam Zul, sebiji macam ayahnya juga yak.. semoga Zul Khair Ilhami ceria dan rajin blajar selamat maju jaya :)

    BalasPadam
  13. sedap nama..dan hensem macam abah nya.

    good luck untuk ilham..selamat menempuhi alam persekolahan yang baru naa...

    BalasPadam
  14. memang gitu le cekgu bila anak guru atau staf sekolah bersama, kekadang pilih bulu juga - sifat manusia, koi punya anok manjang g rombongan konon dulukan anak staf/guru bila ada kekosongan

    BalasPadam
  15. salam
    sungguh segak bergaya

    tak ada masalah sama sekolah dengan ibu
    kat sekolah saya ramai juga cikgu yang daftar anak sendiri
    kebanyakannya cemerlang dalam upsr

    BalasPadam
  16. semoga guru2 jadi profesional...

    kat kg sy ade lagi cikgu pilih bulu...

    BalasPadam
  17. Assalam...
    Tahniah...
    Anak2 sekarang memang cepat belajar.

    Tak sabar nak hantar anak sekolah tahun depan. Anak saya pun tak sabar nak ke sekolah..

    BalasPadam
  18. salam,

    segak bergaya anakkanda khair..indah dan baik2 hendaknya dan bakal mnjadi anak yg hebat dan soleh seindah nama yg dipilih..

    Juga bakal mewarisi kebijaksanaan ibu dan ayah yg berjaya .

    BalasPadam
  19. wah tahniah untuk Adik Khair..hensemnya.Insyallah anak anak sekarang cepat pandai.semoga jadi anak yang pintar.Akak tak sabar nak tunggu keputusan upsr anak yg last ambik upsr dalam keluarga kami khamis ini..

    BalasPadam
  20. tahniah buat anaknya... lepas nih dah boleh jadi doktor nih..

    BalasPadam
  21. Moga Ilham membesar bagai johan dan mencurahkan bakti untuk agama, bangsa dan negara, insyaAllah.

    BalasPadam
  22. وعليكم السلام ورحة الله
    Terima kasih semua kerana
    sudi singgah dan mencoretkan
    komen anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah khair..

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA