Foto Memilukan Samuel Aranda Menang World Press Photo 2011

Seorang jurugambar dari Sepanyol, Samuel Aranda dinobat sebagai pemenang anugerah World Press Photo 2011 untuk New York Times menerusi gambar yang dirakam mengenai seorang wanita Arab berpurdah memaut seorang ahli keluarga yang tercedera ketika demonstrasi 'Arab Spring' di Yaman 15 Oktober 2011 lalu.


Juri anugerah berprestif dunia dunia hari ini memilih gambar berkenaan yang menunjukkan kesan pergolakan akibat kebangkitan dunia Arab (Arab Spring) yang melanda Asia Barat, tahun lalu dan dirakamkan di sebuah tempat rawatan yang dijadikan hospital di dalam sebuah masjid di Sanaa.

Untuk pertandingan itu, semua 57 jurugambar dari 24 negara terpilih ke peringkat akhir daripada penyertaan lebih 100,000 gambar membabitkan lebih 5,000 jurugambar di seluruh dunia. Aranada akan menerima wang tunai 10,000 Euro atau AS$13,300 dalam satu majlis khas yang akan diadakan selepas ini. - AP

NOTA : Antara kasih sayang dan perjuangan demi negara tercinta di sebalik foto memilukan antara dua ihsan. Akibat pergolakan besar dalam negara mereka kita mungkin tidak tahu yang wanita ini, memangku seorang saudara yang cedera, tetapi bersama-sama mereka memaparkan imej keberanian hidup rakyat biasa yang telah membantu mewujudkan satu bab penting dalam sejarah Timur Tengah. 

Penampilan wanita itu hampir sepenuhnya disembunyikan di bawah jubah hitam, dan dia memakai sarung tangan getah apabila dia memangku saudaranya, seorang lelaki yang kurus batang tubuh dalam kesakitan. Secara tak langsung ianya menunjukkan peranan dan watak wanita dalam krisis Arab Spring, bukan sahaja sebagai penjaga, tetapi sebagai orang yang memainkan peranan tersendiri dalam pergerakan itu tanpa kita sedari.

Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Februari 10, 2012

8 Komen:

  1. walaupun hanya sekeping gambar, gambar ini memang penuh makna dan pelbagai penterjemahan dapat di perkatakan...

    BalasPadam
  2. wordless wednesday patut diisi dengan gmbr2 bermakna seperti ini. br terkesan di hati

    BalasPadam
  3. Saya suka melihat photoshoot yang mempunyai cerita disebaliknya berbanding pose yang dibuat-buat. Jelas ekpresi didalam gambar ini adalah ikhlas dan berjaya diterjemahkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tentunya yang "natural" lebih memberi makna..

      Post Terbaharu Saya - Teknologi Pencetak 3D Bakal Popular

      Padam
  4. tanpa ekspresi muka, gambar ini tetap memilukan

    BalasPadam
  5. gambar menceritakan segalanya

    BalasPadam
  6. bersyukurnya kita duduk dlm negara yg aman ni...dpt kita dgn tenteramnya mematuk keyboard ...merenung laptop ...kdg2 hingga berjam2 n hanya memerhati n berdoa dr jauh utk kesjahteraan mrk...itu sj yg termampu dek kita...

    BalasPadam