Permainan AKU JIMAT Yang Awesome Buat Pengguna Apple




Buat pengguna produk elektronik Apple seperti iPod, iPad dan iPhone, kini boleh mempelajari beberapa petua tentang bagaimana untuk berjimat untuk masa depan berdasarkan satu aplikasi permainan baru yang amat menarik.

Permainan versi 1.1 "Aku Jimat" boleh didapati di App Store sejak 17 Januari lalu. Ia memaparkan watak kartun yang mirip wanita tempatan, termasuk gaya rambutnya. Permainan ini mengajak pengguna supaya menyimpan wang untuk membolehkan mereka "membeli-belah".

Pengusaha permainan Antartica Group berkata, permainan ini adalah "untuk mendidik anak-anak kepentingan menabung” sejak kecil dan “lebih awal jika seseorang berjimat maka, lebih banyak yang dapat dikumpulkan”.



Pengusaha permainan Antartica Group berkata, permainan ini adalah "untuk mendidik anak-anak kepentingan menabung” sejak dari kecil dan “jika lebih awal  seseorang berjimat dan menabung maka, lebih banyak yang dapat dikumpulkan”.

Dengan tabung berbentuk seekor kucing, pemain dikehendaki menyambut duit syiling bernilai US$1000 (RM3,100) setiap satu yang digugurkan bagi membuat pembelian - sama ada sebuah rumah bernilai US$5,000,000 (RM15, 000,500) atau kereta berharga US$300,000 (RM10,000).

Pengguna juga boleh membeli mana-mana sembilan beg tangan mewah yang ditawarkan, bernilai antara US$ 9,000 hingga US$ 110,000 (RM27, 900 hingga RM440,000) atau juga cincin berlian bernilai US$ 24 juta (RM74 juta).



Setiap syiling bernilai $1,000 tetapi jika seseorang itu bernasib baik, jongkong emas bernilai $1,000,000 akan digugurkan.Pemain bagaimanapun mesti berhati-hati untuk mengelakkan diri mereka daripada terkena bom.

Ini kerana bagi setiap kali mereka terkena bom, tambahan umur setahun akan dimasukkan kepada pemain dan seseorang dipaksa untuk "bersara" pada usia 99 tahun.Ermm..apa kata anda? Molek sangat la  kita ajar anak-anak kita berjimat cermat nih :)


Sumber asal : Malaysiakini


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, Januari 19, 2012

18 Komen:

  1. Assalam...
    Bagus tu...anak saya asyik bermain angry bird je. Kalau bab menabung, memang dah ajar dari awal lg..

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam..
      ha ha..Angry Bird pun pandai
      bom kan..?boommm!!

      Padam
  2. bagus juga ni. boleh dicuba nanti.

    BalasPadam
  3. Salam Zul, jarang dpt nak melayan main bender gitu...
    sibuk kelain aje kawan nie :)

    BalasPadam
  4. Jarang main game di iPhone selain anak-anak sahaja. :-)

    BalasPadam
  5. anok kome asyik games online je

    elok gak layan games gini mendidik anak2 utk menabung

    BalasPadam
  6. Macam nak troll Bik Mama pun ada. heh

    BalasPadam
  7. game jimat la nie namanya,,,

    BalasPadam
  8. wah boleh install nih..thanks zul

    BalasPadam
  9. aku takde smartphone. so..tak leh main..

    BalasPadam
    Balasan
    1. titan byk wet simpan2 wak per haaa

      Padam
  10. tak ada produk apple...so tak bolehlah nak main..huhu..

    BalasPadam
  11. kita tgok dan komen jer nak ckp apa2 pasal produk tak tahu sgt huuu

    BalasPadam
  12. wah menarik, pasni boleh cuba pulak nie..

    BalasPadam
  13. salam
    game buatan malaysia ke ni, bro?

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam..
      rasanya lah..tak di nyatakan
      detail pencipta permainan ini
      tapi yang nyata penciptanya
      begitu sinonim dengan senario
      politik negara kita :)

      Padam
  14. menarik juga permainan ini..
    untunglah pengguna Apple

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA