Gambar Nikah Ally Iskandar Dan Nurfarahin Romli




Personaliti TV3, Ally Iskandar Mohd Mardzi,36, akhirnya sah bergelar suami selepas dua kali lafaz nikah kepada Nurfarahin Romli,23, atau Farah Lee dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Kristal, Kuala Terengganu, pagi Jumaat.

Majlis yang agak meriah itu dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak dan juga rakan masing-masing.Kedua-dua pasangan tersebut dinikahkan kira-kira pukul 10 pagi oleh jurunikah Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu iaitu Mohd Abu Bakar.



Pihak lelaki memberikan mas kahwin berjumlah RM250 serta tujuh dulang hantaran kepada pengantin perempuan yang antaranya terdiri daripada Al-Quran, sebentuk cincin, baju kurung, telekung dan sejadah.Pengantin perempuan pula membalas sembilan dulang antaranya telefon bimbit, baju Melayu, cincin, jubah dan manisan

Ally dan Farah ditemukan oleh ahli keluarga mereka pada hujung Ogos tahun lalu sebelum majlis merisik diadakan pada bulan Syawal lepas. Kedua-dua pasangan tersebut kebetulan merupakan orang Terengganu.

Farah masih menuntut di sebuah universiti di Korea Selatan dalam bidang kejuruteraan mekanikal manakala Ally adalah pemegang ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris dan Pengajian Filem, University of The Pacific, Stockton, California, Amerika Syarikat.

FOTO: OH BULAN



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Januari 20, 2012

8 Komen:

  1. Tahniah.. Semoga jodohnya berkekalan hingga akhir hayat.

    Post Terbaharu Saya - Johor Premium Outlets - New Store Opening

    BalasPadam
  2. alhamdulillah dan tahniah ally..mudahan bertambah2 rezeki lepas ni..selamat pengantin baruu

    BalasPadam
  3. tahniah buat kedua-dua mempelai

    BalasPadam
  4. Selamat Pengantin baru. Tahniah daripada kami. Semoga bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat.

    BalasPadam
  5. kita doakan segala yang baik buat pengantin baru ini kan :)

    BalasPadam
  6. tahniah
    moga berkekalan hingga akhir hayat

    BalasPadam
  7. salam
    selamat berbahagia selamanya untuk ally dan isteri

    BalasPadam
  8. congrats Ally.. semoga jodoh berkekalan hingga ke akhir hayat, amin.

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA