Penyanyi Khairil Izwan Pilus Meninggal Dunia

Lebih mesra dengan panggilan Izwan, Wan atau Kutek dikalangan rakan dan teman artis, Allahyarham dilahirkan pada 24 November 1979 di Hospital Universiti, Kuala Lumpur.

Berbintang Sagitarius penyanyi berkenaan mendapat pendidikan di bidang Pengurusan Pelancongan berkelulusan ijazah sarjana muda daripada Universiti Utara Malaysia. 

Setelah tamat pertandingan Bintang RTM, Izwan Pilus yang meminati muzik berkonsepkan pop, R&B dan rock ini, pernah hit dengan singlenya yang berjudul Kembali Senyum.



Sepanjang hayatnya, Allahyarham sangat dikenali sebagai seorang individu yang agak pemalu, bagaimanapun senang didekati, peramah,mesra, manja dan suka membantu orang lain.

Penyanyi yang popular dengan lagu Kembali Senyum itu, dilahirkan daripada program Bintang RTM pada 2004 dan juga pernah tercalon untuk Anugerah Bintang Popular 2006 dan menerima pencalonan pada Anugerah Industri Muzik ke-14.

Hari ini, Khairil Izwan Pilus atau Izwan Pilus, 33 telah meninggal dunia pada jam 6.15 petang tadi di Hospital Ampang di sini, akibat jangkitan kencing tikus dan jangkitan kuman dalam darah atau Sepsis yang serius.

Marilah kita bersama menghadiahkan bacaan Al-Fatihah buat Allahyarham, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Takziah juga dari blog ini buat semua kenalan dan ahli keluarga beliau.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Januari 20, 2012

17 Komen:

  1. walopon tak brapa amik tau, tapi nama tu slalu dengo... moga allah mengasihinya

    BalasPadam
  2. al-fatihah. mintak kongsi artikel ye.

    BalasPadam
  3. http://arjunamp3.blogspot.com/2008/05/izwan-pilus-dengan-kekasihnya.html

    BalasPadam
  4. salam
    takziah kepada keluarga allahyarham

    BalasPadam
  5. al fatihah....

    BalasPadam
  6. semoga roh beliau dicucuri rahmat

    BalasPadam
  7. Allahummaghfirlahu.... kehidupan hiburan bukan hakikat kebahagian.. kini aku yg sentiasa gelisah menunggu giliran.. Al fatihah

    BalasPadam
  8. Al-Fatihah untuk arwah dan takziah untuk keluarganya.

    BalasPadam
  9. assalam, al- fatihah....

    BalasPadam
  10. 20.1.2012-semoga rohnya ditempakan bersama orang2 beriman..

    BalasPadam
  11. Al Fatihah dan takziah kepada keluarga arwah Izwan Pilus.

    BalasPadam
  12. hamba allah23 Januari, 2012

    bersama2 umat islam sedekahkn al-fatihah kpde arwah izwan pilus agr rohnye dterime oleh allah...Amin.. buat kluarganye yg msh hidup dpt brsbr dn menjalani hidup dngn lbh tng

    BalasPadam