Dah Besar Connor Anak Angkat Tom Cruise Dan Nicole Kidman

Masih ingat dengan anak angkat yang dipelihara dari kecil oleh pasangan popular Hollywood, Tom Cruise dan Nicole Kidman kira -kira 15 tahun dahulu? Hanya dikenali sebagai Connor, remaja ini sekarang sudah pun berusia 17 tahun.




Connor masih di bawah tanggungjawab Tom Cruise dan Nicole Kidman walaupun kedua pasangan tersebut telah pun berpisah dan Tom Cruise kini telah berkahwin semula dengan seorang lagi bintang popular Hollywood, Katie Holmes.

Pasangan Tom Cruise dan Katie Holmes dikurniakan anak kandung sendiri diberi nama Suri dan sudah berusia 5 tahun. Selain Connor, sewaktu pasangan Tom Cruise dan Nicole Kidman masih bersama mereka juga mempunyai seorang lagi anak angkat, Bella.

Manakala Nicole Kidman juga telah mempunyai anak sendiri hasil perkahwinan kedua beliau dengan penyanyi  Keith Urban pada 25 Jun 2006. Connor, tetap berbahagia sebagai remaja yang mempunyai 2 buah keluarga di kalangan artis popular.

Gambar: Yahoo



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Januari 20, 2012

7 Komen:

  1. salam
    tuah ayam nampak di kaki
    tuah manusia tak siapa yang tahu

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam..
      begitulah adanya..sangka saya
      pasti mendapat kasih sayang
      dan didikan yang baik..almaklum
      mak ayah berduit belaka nih..

      Padam
  2. Connor ni bertuah sebab dia membawa nama "Cruise" dibelakangnya :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang membanggakan beliau
      kemana sahaja ada yang ambil
      perhatian..saya tertarik dengan
      warna kulit beliau..pasti tiada
      yang mengendahkannya..yang pasti
      beliau akan berbangga dengan berkata
      "TOM CRUISE IS MY FATHER" :)

      Padam
  3. kita tengok masa kecik je dulu
    pastu tak tau apa2 dah
    tup2 dah besar panjang yek

    BalasPadam
  4. sekejap jer masa berlalu,,,,

    BalasPadam
  5. Memang kacak anak angkat Tom Cruise dan Nicole ini.

    BalasPadam