Time To Sing CNY Song

Salam semua, Tahun Baru Cina atau lebih dikenali sebagai CNY di kalangan rakyat Malaysia disambut setiap tahun mengikut perkiraan kalendar kaum Cina. Perayaan ini lebih kepada perayaan kaum atau bangsa khususnya bangsa Cina atau juga di kenali sebagai bangsa Tionghua. Ianya berlainan dengan sambutan Hari Wesak, yang lebih kepada perayaan keagamaan.

Saya bukanlah berketurunan Cina, jadi apa yang menyibuk sangat tentang CNY ini? Ha ha.. Tahun Baru Cina yang bakal tiba dalam 2-3 hari ini di anggap satu limpahan rezeki buat saya dan kakitangan di tempat kerja. Masa dan ketika inilah selalunya majikan saya yang berketurunan Cina akan mengeluarkan bonus tahunan dalam bentuk "Red Packet".


Tahun ini bersempena dengan Tahun Naga yang melambangkan kegagahan, bersamaan juga dengan tahun kelahiran majikan saya. Jadi beliau amat bermurah hati tahun ini, bonus tahunan telah dikeluarkan semalam. Tersenyum lebar semua kakitangan, kerana jumlah bonus adalah lebih baik dari tahun sebelumnya.

Jadi buat semua kakitangan tidak kira bangsa, inilah "Time To Sing CNY SONG", walau tanpa irama cuma gerak hati, kemeriahan CNY turut di rasai oleh semua golongan tanpa mengira bangsa. Bukan sahaja di tempat kerja saya, malah seluruh negara di tambah lagi dengan cuti CNY  yang agak panjang di berikan syarikat.

Walau apa pun yang bakal anda lakukan sempena cuti CNY yang  akan menjelang (duit pun ada ni dalam poket nih) , berhatilah-hatilah di jalan raya, pancu cermat, jiwa selamat.  Buat semua rakan berbangsa Cina atau Tionghua, UCAPAN SELAMAT TAHUN BARU CINA dari saya buat anda, semoga bertemu kembali selepas habis cuti nanti.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, Januari 19, 2012

20 Komen:

  1. Saya bakal dapat anak saudara pertama untuk tahun Naga ini. :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah..tahniah..bakal
      bertambah umat Nabi Muhammad
      nanti..alhamdulillah :)

      Padam
  2. Bagi yang mengambil kesempatan cuti ini untuk pulang ke kampung, pandulah dengan cermat :D

    Post Terbaharu Saya - Proton Satria - Masalah Timing Rendah

    BalasPadam
  3. Sudah mari..ang pau lei laa...hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha ha..wang besar..
      wang besar nih..
      la la la :)

      Padam
  4. angpau, limau
    ade hulur2 la sikit sini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Limau tahun nih kurang sikit
      baru boleh sekotak je..habis
      dah wehh..he he

      Padam
  5. dulu masa masih bekerja memang syiok la sbb akan dpt angpow..

    la ni dpt makan limau & kacang pun dah habis suka hati...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah..
      sekarang dah jadi surirumah
      sejati ye..ermm..syukur :)

      Padam
  6. Assalam..
    Wah...dah dapat angpau...boleh open table ni...hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam..
      open table banyak makna tu
      kalau cina main mahjung..
      saya tak berjudi..kalau
      belanja makan okey je..

      Padam
  7. Balasan
    1. Beh wooo..
      tak terkata-kata :)
      la la la..

      Padam
  8. Selamat tahun baru cina untuk Zulkbo ... Opss ! silap .... hehehehe (jangan marah broo)

    BalasPadam
  9. Dashyat broo ni ... ni mesti dapat 3 bulan gaji bonus ni .... buatlah GA sikit sempena bonus tu :D (kau ni benjy ... tak habis2 nak kikis orang)

    BalasPadam
  10. Benjy pun lahir tahun naga juga 1976 ... kira gagah jugalah si Benjy ni kan :D

    BalasPadam
  11. Bila lah dapat sambut 'kongsi raya' lagi ni macam dahulu :(

    BalasPadam
  12. siapa yang dah dapat angpau??

    BalasPadam
  13. salam
    aku belum pernah dapat ang pau time raya cina ni
    huhu

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA