Bayangkan Dunia Tanpa Pengetahuan Percuma (Wikipedia)




Laman web Wikipedia gelap seketika manakala Google pula mengeluarkan logo dan laman web popular lain yang merancang protes hari ini, dan menyuarakan kebimbangan mengenai rang undang-undang yang cuba dibawa oleh Kongres Amerika Syarikat yang bertujuan menyekat cetak rompak internet.

Wikipedia mogok dengan menggantungkan perkhidmatannya dalam bahasa Inggeris selama 24 jam hari ini, sebagai bantahan terhadap Akta Menghalang Cetak Rompak Dalam Talian (SOPA) atau versi Senat dikenali Akta Melindungi Protokol Internet (PIPA)

Draf undang-undang ini bagaimanapun mendapat sokongan daripada beberapa pihak yang berkepentingan antaranya Hollywood, industri muzik, Business Software Alliance, Persatuan Kebangsaan Pengilang dan Dewan Perniagaan Amerika Syarikat.

Namun ia dibidas oleh pertubuhan yang memperjuangkan hak digital dan kebebasan bersuara kerana didakwa merintis jalan bagi pihak berkuasa Amerika Syarikat untuk menutup laman web yang dituduh melakukan cetak rompak di internet, termasuk laman asing, tanpa proses yang sewajarnya.

NOTA : Jangan terkejut jika satu hari nanti blog/laman web anda di delete secara tiba-tiba apabila rang undang-undang ini di luluskan oleh dewan senat Amerika. Nampak gayanya tiada yang percuma lagi di dunia ini termasuklah dalam mencari ilmu di alam siber.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, Januari 18, 2012

31 Komen:

  1. Bagaimana kedudukan laman blog seperti blogspot nanti?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ermm..kita tunggulah perkembangannya
      nanti..tak de yang free dah lepas nih

      Padam
  2. Hampa ni ... kalau semua free dah tak der :(

    BalasPadam
  3. Benjy berpendapat ini bukan sahaja berkisar dengan hak cipta tetapi disebabkan ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyalah gunakan laman web sosial ..

    BalasPadam
  4. Benjy rasa blogspot bukan medium muat turun hak cipta seseorang ia hanyalah medium platform blog sahaja ... jadi tak der sebab ia akan ditutup

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau pendapat seperti anda di ambil kira
      Senat Amerika..saya rasa Blogspot tak jadi
      hal la nanti..bagaimana dengan gambar yang
      kita copy paste dari laman web/blog orang lain
      pasti akan sedikit sebanyak sebahagian dari
      akta ini nanti yang akan menyebabkan pengguna
      laman blog/web di ambil tindakan tanda warning
      bahaya nih :(

      Padam
  5. Tetapi kalau blogspot ditutup sedihnya benjy sebab platform inisangat simple berbanding wordpress ...

    BalasPadam
  6. Kena masuk kebun semula nampaknya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Getah tengah mahal nih...
      okey juga kalau kita menoreh
      semula yak..?

      Padam
    2. yang tak ada kebun getah, macam mana pulak?

      Padam
  7. Mulai sekarang, Saya mula berkira-kira untuk mengenakan bayaran bagi pengunjung blog Saya! Haha.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah yang terbaik
      sebagai jalan pintas
      agaknya..he he..PAY PAL?

      Padam
  8. wah... ramailah yang akan kecewa nanti, kalau benda free dah tak ada. saya antara yang menjadi statistik tersebut :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terpaksalah keluar duit sikit
      dengan domain berbayar jawabnya

      Padam
  9. aduiii..SBPA pun tangguh ni..nasi dagang pun dah naik 50sen..eh..lari topik sikit, tapi ada kaitan..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha ha..memang ada mengena tu Bro..
      buat-buat lah faham kan..?

      Padam
  10. salam
    harap2 ada jalan penyelesaiannya nanti
    takkan la nak tutup semua yang ada ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam..
      Mesti ada punya saya rasa..
      tapi bersyarat lah lepas nih

      Padam
  11. Salam Zul, kalau blog kita ditutup tiba2 maka gelap
    gelitalah dunia blogger kita :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam..
      koi pasti ada penyelesaian
      walau bukan semuanya percuma

      Padam
    2. Kita pakat2 buat rumah sendiri la jawabnya...

      Padam
  12. assalam, lepas ni terpaksalah tinggalkan dunia blog...

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam Bro
      masih ada harapan kalau kita
      tak kesah berdomain sendiri
      kena keluar duit sikit lah
      he he..

      Padam
  13. aku tak kisah. takde wikipedia pun takpe. janji ada kamus dewan dan pustaka. itu lagi kacak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dan yang kacak itu, pastinya orang yang suka membaca..

      Padam
  14. ish, x suka la macam ni

    BalasPadam
  15. dah bersedia awal2
    kena bukak kamuslah pulak nak cari maklumat pasni

    BalasPadam
  16. Sudah bersedia kah?
    Dunia gelap tanpa cetakrompak.
    Bagi penulis dan pengkarya senyum lebar.
    Bagi pengguna, panas membara.
    Kalau membantah bermakna kita setuju semua harta intelek kita adalah harta orang lain juga.
    Kalau menyokong, kita perlu sedia dalam kegelapan.

    BalasPadam
  17. lepas ni kalau blog didelete kena cari ilmu macam orang dulu2 (pergi library) dan mestinya library kembali penuh=)

    BalasPadam