901 DSAI : Syarat Berhimpun PDRM

Polis Di Raja Malaysia (PDRM) mengenakan 10 syarat kepada penganjur dan peserta perhimpunan melibatkan penyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadual berlangsung Isnin, setelah menimbang faktor keselamatan dan ketenteraman awam.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh membenarkan perhimpunan itu diadakan di tempat letak kereta di luar pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini. Antara syarat-syarat yang di keluarkan PDRM ialah:

1-Tidak membenarkan penggunaan risalah dan kain rentang dengan perkataan 'Bebaskan Anwar 901' atau 'Bebaskan Anwar' semasa perhimpunan itu.

2-Penggunaan pembesar suara selain 'loud hailer' tidak dibenarkan. Bagaimanapun, penggunaan dua loud hailer dibenarkan bagi tujuan mengawal selia peserta perhimpunan.

3-Pengucapan awam tidak dibenarkan sama sekali.

4-Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak membuat apa-apa perbuatan, membuat bising serta memberi apa-apa isyarat yang boleh mengganggu prosiding mahkamah.

5-Tempat perhimpunan yang dibenarkan ialah di parkir awam sebelah kiri jalan utama ke mahkamah. Peserta tidak dibenarkan berada di luar kawasan tersebut.

6-Sekiranya kawasan itu sudah dipenuhi dengan peserta perhimpunan, peserta lain hendaklah bersurai dan beredar dari kawasan letak kereta mahkamah.

7-Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak membawa sebarang senjata dan peserta perlu memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membuat pemeriksaan, jika perlu.

8-Penganjur hendaklah memastikan semua peserta perhimpunan bersurai tidak lewat daripada tempoh sejam selepas keputusan mahkamah diumumkan.

9-Penganjur dan peserta perhimpunan hendaklah mematuhi semua arahan pihak polis dari semasa ke semasa demi menentukan keamanan perhimpunan tersebut.

10-Peserta perhimpunan tidak dibenarkan melakukan khianat atau bencana kepada harta awam atau mana-mana harta di kawasan tersebut


 
Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) kini memberikan tumpuan sepenuhnya kepada keluarga beliau menjelang 9 Januari ini apabila mahkamah akan membuat keputusan kes perbicaraan beliau pada tarikh tersebut. Namun, apapun keputusan 9 Januari ini, Anwar berkata, keluarganya sudah bersedia untuk menghadapi sebarang keputusan mahkamah."Ya..kita kena hadapi dengan sepenuhnya, saya tumpu kepada keluarga dalam dua tiga hari ini, dan mereka cukup bersedia," kata Anwar.

 Sumber: Harakah



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Januari 07, 2012

8 Komen:

  1. Salam,
    eloklah juga ada syarat macam ni. Lagipun penyokong Anwar dah janji nak buat perhimpunan aman, jadi kenalah ikut syarat ditetapkan

    BalasPadam
  2. Ia menguji keberkesanan jentera kerajaan mengurus setelah Akta Perhimpunan Aman 2011 diluluskan.

    BalasPadam
  3. wah, entry yang menarik, blog ni pun lawa, keep up the good work! :D

    BalasPadam
  4. moga berjalan lancar tanpa ganguan mana2 pihak

    BalasPadam
  5. Polis dah benarkan tapi report polis makin byk dibuat.

    BalasPadam
  6. salam
    harap2 semuanya berjalan dengan aman nanti
    apa pun keputusan mahkamah

    BalasPadam
  7. Pada aku, syarat hanyalah syarat.
    Bila hari kejadian, dgn ribuan orang yg datang, siapa ada kuasa nak kawal keadaan?
    In the end, jd elok ke, tak jadi elok ke, polis juga akan disalahkan...

    BalasPadam
  8. sy sebagai pihak yg tidak cenderung kepada mana2 parti politik yg ada sekarang ni mahu bertanya...

    persoalannya, apakah perhimpunan itu nanti mampu mengubah keputusan mahkamah?? (",)

    BalasPadam