Negeri Sembilan Juara Piala Sumbangsih 2012 (Video Gol)


Tempoh 45 minit pertama pertembungan Piala Sumbangsih di antara Kelantan dan Negeri Sembilan berlangsung sengit di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu 7 Januari 2012. Keputusan perlawanan terikat 1-1 yang menyaksikan kedua-dua pasukan mempamerkan rentak yang seimbang.

Norshahrul Idlan Talaha terlebih dahulu meletakkan The Red Warriors di depan pada minit ke-19 hasil kombinasi dengan Mohammmed Ghaddar. Sandaran Negeri Sembilan kepada pemain import, Jean Emmanuel Effa Owona di bahagian serangan menyentak semangat Kelantan dengan menjaringkan gol penyamaan.

Tiga pemain Kelantan yang cuba mengekang Effa di dalam kotak penalti tersilap langkah apabila tendangan pemain import kelahiran Ghana itu terkena badan seorang pemain Kelantan, sehingga mengelirukan Khairul Fahmi Che Mat, memberi gol penyamaan tersebut.

Effa turut mencipta beberapa peluang cantik sebelum perlawanan berehat, namun ketangkasan Khairul Fahmi menafikan usahanya. Kedua-dua pasukan kembali menyambung permainan tanpa sebarang pertukaran pemain kesebelasan utama.

Babak awal separuh masa kedua, menyaksikan perlawanan kerap terhenti ekoran beberapa kekasaran yang berlaku. Bola banyak berlegar di tengah padang kerana kedua-dua pasukan seperti buntu untuk memecah benteng pertahanan.




Pada minit ke 63, Effa mengubah kedudukan perlawanan dengan gol peribadinya yang kedua pada malam tadi,  berjaya menanduk masuk hantaran lintang S. Kunanlan. Kelibat gandingannya dengan Ahmad Shakir Ali juga tidak menghampakan kerana sering memberi ancaman kepada pasukan lawan.

Manakala pemain import Kelantan, Ghaddar dilihat masih tercari rentak dan gagal mencipta impak besar tatkala dia hanya beroleh satu sahaja peluang terbuka di depan gol. Namun dia gagal menyudahkan hantaran cantik daripada Dennis Antwi. Keputusan penuh Negeri Sembilan 2-1 Kelantan.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, Januari 08, 2012

7 Komen:

  1. huh kecewa piala terlepas dari gengaman
    huhuhuh, kite cuba piala lain pulak
    go kelate go :)

    BalasPadam
  2. @Anak Ulu Cheka
    Kuat juga Awang Hitam N-9
    tu yak..?nak kena "paku"
    kaki nih..he he

    BalasPadam
  3. tahniah negeri sembilan. nmpknya skuad NS x terjejas walaupun kehilangan beberapa pemain tonggak. :)

    BalasPadam
  4. nampaknya n9 dah ada hero baru dah walaupun hairuddin omar dah takde..

    BalasPadam
  5. Tidak salah 3 cubaan awang hitam N9 telah berjaya digagalkan oleh Khairul Fahmi. Baguslah kalau kehadiran awang import dapat menaikkan mutu permainan liga Malaysia.

    BalasPadam
  6. salam
    penat juga apek dikerjakan awang hitam n9 semalam
    effa owana tu memang bagus

    BalasPadam
  7. tq effa "raziah"..piala sumbangsih kito punyo...

    BalasPadam