901 Anwar : Senarai Jalan Dijangka Sesak 9 Januari 2012





Laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur menyatakan, beberapa jalan di ibu negara dijangka sesak bermula pukul 7 pagi Isnin 9 Januari 2012 ini. Jalan-jalan berkenaan menuju ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Bangunan Kompleks Kerajaan, Hentian Bas Jalan Duta, Masjid Wilayah dan sekitarnya. Jalan-jalan yang di jangka terlibat dengan kesesakan ini ialah:

1-Jalan Duta dari kedua-dua arah
2-Jalan Kuching, Bulatan Segambut

3-Jalan Khidmat Usaha

4-Jalan Ibadah

5-Jalan Dutamas

6-Jalan Persiaran Dutamas 

7-Jalan Hikmat Usaha.

Ketua Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner (ACP) Rusli Mohd Noor menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya mengelak kesesakan pada hari itu. Kakitangan pejabat yang bertugas dan orang ramai yang mempunyai urusan di sekitar kawasan itu dinasihat menggunakan pengangkutan awam.

Orang ramai perlu mematuhi arahan dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada anggota polis yang bertugas. Pihak polis turut menasihatkan orang ramai agar memastikan kenderaan mereka yang diparkir tidak menghalang lalu lintas pada hari tersebut (Isnin 9 Januari 2012).

Kesesakan itu dijangka berlaku berikutan perhimpunan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hadir sebagai sokongan moral, sambil menunggu keputusan Mahkamah Tinggi berhubung tuduhan kes liwat Ketua Pembangkang itu terhadap bekas pembantu peribadinya, Muhd Saiful Bukhari Azlan.  



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, Januari 08, 2012

8 Komen:

  1. xtau r sekarang mcm mana dah jemu dgr.. huuu

    jom baca sekejap =)
    http://lolz-l.blogspot.com/2012/01/iman-kita.html

    BalasPadam
  2. Rasanya pihak berkuasa perlu membuat pelan luar jangkaan jika ada berlaku kecemasan seperti pesakit memerlukan rawatan di hospital. Naya kalau ambulance terperangkap didalam kesesakkan.

    BalasPadam
  3. Esok nak ikot jalan mana yer..

    BalasPadam
  4. Hmmm, dorg yg dtg bersesak2 tu xyah keje ke hape????

    BalasPadam
  5. cuti je
    atau boleh menyibuk pulak kat sana :)

    BalasPadam
  6. Alahai,kesian kepada mereka2 yang tidak terlibat.Menjadi mangsa keadaan di 9hb.

    BalasPadam
  7. salam
    sempat ikut serta ke tidak, bro
    sekadar ambil gambar mungkin

    BalasPadam
  8. aku kesian kat budak budak sekolah yang sekolah dekat area matrade tuh, tak pasal pasal dia orang terjoin nanti.

    BalasPadam