Blog Anwar Ibrahim Pun Kalah Dengan Zulkbo Dot Com


Salam semua, antara blog yang saya selalu singgah dan baca adalah blog Bro Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Malaysia. Saya suka membaca blog-blog politik pemimpin negara tidak kira yang pro kerajaan mahupun pembangkang. Bersikap atas pagar, saya suka membaca pandangan kedua-duanya.

Jika dikira dari popular dan ternama, blog zulkbo.com memang jauh ke belakang berbanding blog-blog tokoh politik tanahair terkini. Antara blog lain yang saya suka baca adalah blog Dato Abdul Rahman Dahlan, Ahli Parlimen Kota Belud. Mengenali beliau secara peribadi, walau beliau mungkin tak tahu saya juga menulis blog.





Berbalik pada popular dari segi perkiraan trafik oleh Alexa, pencapaian terbaik blog saya adalah ranking ke 512 di Malaysia, satu ketika di bulan Jun tahun ini. Tidak mampu bertahan lama, akhirnya jatuh merudum kerana kesibukan tugasan harian menjadikan kurangnya kemaskini blog.

Saya kembali mendaki kebelakangan ini ke ranking 612 Malaysia dan antara blog yang saya jadikan perbandingan adalah blog Bro Anwar Ibrahim yang dahulunya di bawah ranking 500 Malaysia, tetapi kini jatuh merudum ke ranking 895 (20 Disember 2011). Apa sudah jadi ni Datuk Sri?

PRU 13 sudah semakin hampir, kekurangan pengunjung ke blog Bro Anwar Ibrahim menunjukkan beliau semakin kurang popular di kalangan pembaca di negara kita. Adakah ini petanda gabungan Pakatan Rakyat akan kalah teruk pilihanraya (PRU 13) yang bakal mendatang?

Terserah pada anda pembaca untuk menilainya. Pada saya ini hanya analisa yang saya buat secara rawak dan pendek berdasarkan perkiraan Alexa sahaja. Memang kita blogger semua tahu, tiada kayu pengukur terbaik dalam mengira trafik ke blog kita selain  perkiraan dari Alexa trafik ranking.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Disember 20, 2011

28 Komen:

  1. Dia sibuk berpolitik kut,tak sempat nak update blog,dan dia tak pernah komen blog ternama hehehhe...

    BalasPadam
  2. salam en.zul...
    semoga sihat2 selalu....
    bz ke harini??

    fuh...dasyat la blog ni....

    hehehhe...sy pon mcm en.zul...sy suka baca kedua2 blog...xkira pembangkang ataupun kerajaan...

    BalasPadam
  3. @Azman

    Dulu jarang juga dia updated blog tapi trafik mencanak je masuk..apa pun ini hanya berdasar Alexa Blog Ranking

    BalasPadam
  4. @zella y


    W_salam..
    moga sihat Zella di sana
    saja nak buat havoc..he he

    BalasPadam
  5. Assalamu'alaikum Zul

    Tahniah, samalah dengan kak sesekali jengok juga blog pemimpin tak kiralah pembangkang ataupun kerajaan

    BalasPadam
  6. Jarang kemas kini kot sebab ranking sudah jatuh.

    BalasPadam
  7. @Encik Anif

    Trick je nih..ha ha
    saja nak cipta havoc..
    jangan ada pula yang ambil hati
    dan hantar hackers ke sini pula

    BalasPadam
  8. @Werdah

    W_salam wbt..
    moga Kak Werdah selalu sihat..
    ermm..bab politik saya dari
    dulu suka duduk tengah-tengah..
    ada masa lebih pada pembangkang..
    tak caya tanya ayah saya..he he

    BalasPadam
  9. @akubiomed

    mungkin salah satu sebab..tapi kalau benar popular..tak updated pun trafik masuk mencanak Bro..

    Tahniah ranking blog anda juga baik
    Bro..mengikut Alexa Blog Ranking

    BalasPadam
  10. wah hebat belog deme

    selalu jugak lepak kat sana tu :)

    BalasPadam
  11. Dah lama tak cek alexa,
    bloggingpn jarang2 sekarang. huhu~

    BalasPadam
  12. Muahahaha.... Ingt td apa la....

    Tahniah ye, haibat...haibat..... :)

    BalasPadam
  13. Tahniah bro sbb dapat kalahkan blog
    pemimpin popular mcm DSAI tu...Hebat
    Zulkbo dot com nih...Semoga terus maju
    dalam dunia blogging ni..

    BalasPadam
  14. salam
    sesekali berkejar dengan alexa ni seronok juga
    teringin juga nak masuk bawah 500MY
    hehe

    BalasPadam
  15. @Anak Ulu Cheka

    Main keyword je entri nih..
    SEO Bro..tak caya cer aok
    buat carian ke blog DSAI

    BalasPadam
  16. @tehr

    W_salam..
    ermm..TAHNIAH Bro..
    blog anda dah nak masuk
    bawah 500 Malaysia..
    I FOLLOW :)

    BalasPadam
  17. Salam Zul, oit hebat amat dah nie tahniah weh :)

    BalasPadam
  18. @akuanakpahang

    W_salam Yassin..
    tidaklah hebat blog koi nih..
    sekadar mencetus havoc di alam
    maya..he he

    BalasPadam
  19. Waahhh...yg penting menang dr segi alexia...bab lain2 belakang kira..hehehehe

    BalasPadam
  20. @Yastro

    Betul tu..kepuasan berblog lah kira nya nih.. lain belakang kira..he he

    BalasPadam
  21. saya tak pernah masuk blog DSAI..
    heheheh

    BalasPadam
  22. salam, pencapaian yg amat membanggakan....tahniah!

    BalasPadam
  23. Tabiklah kat blog Broo ni ... kalah anuar ibrahim ... hehehe

    BalasPadam
  24. Namun blog benjy masih jauh di hujung kampung sana ... tiang ruam pun tak nampak lagi ... hehehe

    BalasPadam
  25. hebat arrr bro... tak larat dah nak kejar alexa nih...

    BalasPadam
  26. boleh masuk bertanding pilihanraya..sbb lebih femes dari blog pemimpin tersebut.. :)

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA