Filem Songlap 2011 : You Tube Full Movie



 
Antara babak dalam Songlap 2011

Salam semua, cepat pula keluar video ni di You Tube? Full movie pulak tu!  Yang baiknya adalah percuma, kedua paling baik, tak payah nak sokong industri cetak rompak Malaysia. Hanya mengkayakan golongan taiko, tokan cetak rompak. Kebanyakan mereka ini,  berkait rapat dengan pelbagai kegiatan jenayah seluruh negara. Jadi pada saya tak salah ada yang upload di You Tube untuk tontonan umum secara percuma ini.



SINOPSIS 
Mengisahkan kehidupan dua adik beradik yang berbeza. Am mengambil kesempatan dengan menggunakan business Mama sebagai jalan pintas mendapatkan wang untuk kegiatan judinya, sementara Ad mengimpikan kehidupan yang lebih baik dengan menyertai pertandingan tarian B-Boy.

Ad mula menyedari impiannya mungkin tidak tercapai setelah kehilangan kawan karibnya Razak kepada kancah dadah dan melihat dengan matanya sendiri nasib gadis-gadis muda yang dijual kepada sindiket pemerdagangan manusia untuk kegiatan maksiat.

Apabila adik Razak, Hawa (Sara Ali), yang sedang hamil terjebak dengan sindiket ini, Ad tidak boleh menutup mata kepada situasi ini lagi dan terpaksa berlumba dengan masa untuk menyelamatkan Hawa tanpa menyedari bapa Hawa, Pak Din juga sedang mencari anaknya yang telah hilang. LAYAN kisah seterusnya..jangan lupa tisu sekotak ye?



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Januari 06, 2012

11 Komen:

  1. den tgk kt panggung...bley r..wpon ending die dok berapa den kenan

    BalasPadam
  2. Bleh gak layan ni ngan anak hr minggu...hehehe

    BalasPadam
  3. salam
    nampak gaya tak boleh nak layan la
    panggung tak ada
    broadband pulak slow, tak boleh download
    huhu

    BalasPadam
  4. kena ana popcorn ni
    baru best layan movie nih hehehe

    BalasPadam
  5. boleh la layan esok time bosan2 kan....

    BalasPadam
  6. cite ni banyak betul yang tergantung..

    BalasPadam
  7. tuan ,
    semalam saya berkesempatan menonton di kedai makan ... minum di situ tengok dari awal cerita hingga habis... giller melepak sama macam budak-budak.

    setuju memang banyak adegan yang tergantung,
    gambaran kehidupan kota,
    masalah sosial yg semakin meruncing ...

    BalasPadam
  8. Hmm... Sudah ada yang upload filem ini dinternet? Sangat pantas!

    Post Terbaharu Saya - Cukai Awal Tahun!

    BalasPadam
  9. Assalam..
    tak sempat tengok lagi..

    BalasPadam