LIVE Final Piala Malaysia 2011 : Negeri Sembilan vs Terengganu 29-Oktober-2011


Semangat skuad Penyu berada pada kemuncak untuk bawa pulang Piala Malaysia dengan menewaskan Negeri Sembilan pada perlawanan akhir piala berprestij itu, Sabtu 29-Oktober-2011. Pengurus pasukan Terengganu Datuk Che Mat Jusoh berkata, semangat pemain begitu tinggi dan 'penyu tidak akan menangis lagi' seterusnya akan mengusung balik piala itu dengan mengalahkan Negeri Sembilan.

"Diharap pada perlawanan akhir nanti semangat pemain Terengganu akan sampai ke kemuncak," katanya, mengulas persiapan pasukannya menghadapi perlawanan akhir esok. Che Mat, yang juga Yang Dipertua Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu sangat berpuas hati dengan persediaan pasukannya dan semua pemain utama berada dalam keadaan bersih daripada sebarang penggantungan.

Katanya, jurulatih Irfan Bakti mengatur strategi bagi memastikan Piala Malaysia yang pertama kali dimenangi Terengganu 10 tahun lalu akan kembali ke Terengganu. "Kejayaan itu tambah menyinar lagi apabila kerajaan negeri memberi sokongan padu kepada pasukan negeri terutama sekali Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said," katanya.

Begitupun, Che Mat tidak menafikan kehebatan pasukan Negeri Sembilan, yang gagal menjuarai kejohanan tahun lepas setelah kalah kepada Kelantan dalam perlawanan akhir. Beliau berkata, bagi Terengganu mengalahkan pasukan hebat merupakan satu pengalaman berharga seperti dilakukan ke atas Selangor dan Kelantan di peringkat suku akhir dan separuh akhir. (Bernama)

Live Online secara streaming anda boleh layari di SINI




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Oktober 29, 2011

3 Komen:

  1. Siapa la juara piala malaysia mlm nie ? ..

    www.anastasyea.com

    BalasPadam
  2. Tahniah N9...Terengganu, cuba lagi tahun depan...

    BalasPadam
  3. وعليكم السلام ورحة الله
    Terima kasih semua kerana
    sudi singgah dan mencoretkan
    komen anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah khair..

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA


Carian Blog