Buku Seks Islam : Best Ke?




Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mungkin mengenakan tindakan ke atas Kelab Taat Suami berhubung pengedaran buku panduan seks di ranjang yang setebal 115 muka surat. Buku terbaru itu dipercayai diterbitkan di Pasir Puteh, Kelantan kira-kira dua bulan lalu dan hanya dijual kepada ahli atau pengikut Al-Arqam dengan harga RM50 senaskah.

"Kita akan siasat dengan teliti kandungan buku ini dan melihat sejauh mana tindakan yang boleh diambil, termasuk kepada KTS yang diketuai Hatijah Aam (isteri Assari) ini," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam laporan Berita Harian hari ini.

Menurut laporan itu, Jakim akan juga menyekat pengedaran buku kontroversi yang mengulas seks suami isteri secara terperinci. Buku panduan kepada isteri dan pengantin baru untuk melayan suami di ranjang itu, kata Jamil Khir tidak wajar kerana ia ditonjolkan dengan cara tidak beradab serta boleh mengundang tanggapan negatif.

Buku berjudul: Seks Islam, perangi Yahudi untuk kembalikan seks Islam kepada dunia itu memaparkan gambar bekas pemimpin Al-Arqam, allahyarham Asaari Muhammad di kulitnya. Buku terbaru itu dipercayai diterbitkan di Pasir Puteh, Kelantan kira-kira dua bulan lalu dan hanya dijual kepada ahli atau pengikut Al-Arqam dengan harga RM50 senaskah.

Berita Harian juga memetik Jamil Khir berkata buku itu “sebagai mengarut dan memalukan” kerana mencemar Islam. Ini bukan kali pertama KTS mencetuskan kontroversi. Pada Jun lalu, naib presidennya, Dr Rohaya Mohamed, mengingatkan golongan isteri supaya patuh dan melayan suami seperti "pelacur kelas pertama".

NOTA : Belum berkesempatan membacanya dan kurang arif pula akan isu yang di kecohkan. Jika sekarang, pendidikan sex sudah mula di ajar di peringkat sekolah dan pada pandangan peribadi saya, buat pasangan yang mendirikan rumah tangga, tak salah mempelajari teknik melayan suami di ranjang menurut cara yang baik dalam mengekalkan keharmonian rumahtangga. Seks adalah satu keperluan bila berumah tangga, mengapa kita tak soal, kenapa ramai pasangan yang curang di luar sana? Baik yang lelaki (suami) mahupun yang wanita (isteri) sendiri. Apa komen anda? Fikir-fikirkanlah..





Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Oktober 14, 2011

26 Komen:

  1. Realitinya suatu perkara secara asasnya tidak perlu di ajar dan berlajar semua orang reti membuatnya :)

    BalasPadam
  2. @ akuanakpahang
    betul tu Yassin..semua orang pun tahu.. malah yang membuang anak di tong sampah pun tahu buat juga sebab nafsu..

    sekarang kita nak belajar bagaimana layanan yang tidak di lupakan pasangan masing-masing agar menambah cinta buat pasangan berkahwin dan tidak terfikir untuk berlaku curang.

    Ada pasangan yang hanya mementingkan diri dan nafsu sendiri tanpa memikirkan situasi pasangan sendiri.."dah puas ke?" yang dia tahu "nak" dan dia dah "selesai" seorang je..

    BalasPadam
  3. tak tau isi bukunya apa..
    rasanya kalau ada gambar2 tak pyh kot..
    semua orang tau nak buat macam mana..
    tapi kalu isinya tentang doa2 sebelum bersetubuh atau adab2 bersetubuh dalam islam atau pun prkara2 yang tak elok kita buat ok la...tak kisah pun.yg jadi hangat pasal tajuk buku tu kot...

    tak boleh nak komen kata tak elok sebab tak tengok pun isi buku tu apa...

    BalasPadam
  4. yang best apa terkandung dlm buku tu
    boleh melakukan sex di alam roh huh hebat tu
    macam2 laaaa

    BalasPadam
  5. Taat suami pun ande kelab juge yek...

    BalasPadam
  6. hmmmm..... susah untuk percaya buku ini telah ada dlm pasaran
    tak nak beli tapi ingin tahu.. mcm mana tuh?? mgkn tidak kot

    BalasPadam
  7. bagi saya, kena baca dulu baru boleh beri pandangan.
    tidak bijak bersikap judgmental, menghakimi sebelum diadili.
    wallahu a'lam.

    p/s- mana nak cari en zul?

    BalasPadam
  8. mentaati suami adalah wajib ke atas setiap isteri. Tapi ada had dan kadarnya yg mesti difahami

    BalasPadam
  9. @ Anak Ulu Cheka

    Bunyi macam best..nak kena cari
    sebelum kena ban nih..nak tahu
    juga ilmu mereka..ikut tak ikut
    lain kira..

    BalasPadam
  10. Buku Permata yang hilang siapa ada simpan angkat tangan? :-)

    BalasPadam
  11. alahai....terjemahan al quran pun tak habis belek lagi, asyik sibuk dgn buku berunsur macam ni. hu~

    BalasPadam
  12. Sallam En Zul,

    Bagus juga buku2 macam tu untuk panduan isteri2 dan suami2 yang tak berapa pandai melayan pasangan, yang mana membawa kepada kecurangan pasangan yang tak merasa puas dengan layanan dirumah. Tapi janganlah keterlaluan sangat, malu membacanya ahhh..dan kalau simpan dirumah tu simpanlah ditempat selamat, jangan pula nanti dapat dek anak2, dibacanya, nak2 pulak yang baru baligh tu cepat je tindakannya kalau membaca buku2 begitu. Boleh membawa kepada perlakuan tak elok....

    BalasPadam
  13. huhuhu ramai dengan pendapat masing2... samada baik atau tidak rasanya elok teliti isi kandungan dulu.... sekadar pendapat...

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum...

    Moga saudara sihat hendaknya dengan izin~Nya..

    Tajuknya menarik perhatian..

    BalasPadam
  15. salam en.zul...
    semoga siat2 selalu...

    hurm...ntah lah,ada bagusnya buku mcm ni adalah untuk mendidik suami isteri agar lebih berpengetahuan dalam isu ni sebab seks adalah satu keperluan dalam hubungan suami isteri dan rmai juga yg bercerai kerasa isu seks ini...

    BalasPadam
  16. salam
    saya tak setuju hal melayan suami/isteri ni bincangkan dalam tulisan [buku/internet]
    sepatutnya ia dibingcangkan secara terus sahaja
    bersama orang yang sepatutnya sahaja

    BalasPadam
  17. Asyik topik seks semua lompat. Yang buat duit juga untung. Susah suami/isteri yang berkorban seks demi sayang/keluarga/anak-anak kerana pasangan sakit berpuluh tahun atau mati, tak ada sesiapa nak kenang, yang kutuk/hairan lagi ada.

    Memang senang cari pengaruh/duit dalam masyarakat. Cakap/announce/jual saja berkenaan seks. Internet/Handphone dah hampir jadi medan semata-mata untuk itu! Abuya dah faham ini berpuluh tahun dahulu. Syabas kepada yang lain-lain juga!

    Ketinggalan lagi aku dalam dunia baru ini...

    BalasPadam
  18. kena baca dulu kandungannya..
    mungkin tajuknya sekadar gimik sahaja..

    BalasPadam
  19. Macam-macam sekarang ni..

    Tajuknya cukup untuk mencipta "provokasi". Hanya yang sudah membacanya tahu apa isi kandungannya..

    Post Terbaharu Saya - Bajet 2012 - Pendaftaran Haji Menggunakan KWSP Akaun 2


    BalasPadam
  20. Uishh...buku seks Islam??
    Agak menarik jugak tu...tp kene tengok dulu la isinya camne...tak berani jugak den nak terus kutuk2 nih...banyak kali dah terkene...hehehe
    Rambo China

    BalasPadam
  21. EN.zul saya buku terjemaahan Al Quran pun x khatam lagi , inikan pula nak baca buku nie...hurm

    BalasPadam
  22. tak mau ler baca setakat ni situasi seks di malaysia tk ler teruk sangat ,setiap pasangan yang berkahwin mesti ada anak itu dah menunjukkan org islam di malaysia tahu nak buat cam mana ...

    BalasPadam
  23. Assalam...
    Panas buku ni...lepas ni mesti ramai yg tercari-cari buku ni...

    BalasPadam
  24. huhu..pelik dgn owg yg mengata an alquran ta abs bace lg terjemahan nmpk sgt jrng sntuh tafsir alquran...tp surat khbar lain da awl2 khtam an??

    BalasPadam
  25. wah.. nampak menarik jer buku too.. hahaha ^^
    kena beli satuu.. ^^

    BalasPadam