Di Mana Nak Ambil Bantuan Rakyat RM 500 | Budget 2012




Kerajaan menimbang mengagihkan pemberian bantuan rakyat sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, mulai Januari 2012.

​Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata pengagihan bantuan wang tunai itu yang boleh dilakukan secara berperingkat-peringkat, tanpa penetapan masa, akan dilakukan secepat mungkin mulai Januari depan.

Bantuan "one off" atau sekali sahaja itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Belanjawan 2012 minggu lepas.

Awang Adek berkata kerajaan mengenal pasti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai agensi utama pelaksanakan bantuan ini memandangkan agensi berkenaan mempunyai fail-fail cukai bagi pembayar cukai yang aktif mahupun tidak aktif Antara agensi lain yang turut terlibat dalam pengagihan bantuan itu ialah Bank Simpanan Nasional (BSN), Bank Negara serta POS Malaysia,".

Awang Adek berkata LHDN difahamkan turut mengguna pakai sistem pangkalan data e-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan maklumat rakyat yang benar-benar layak menerima bantuan terbabit.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Dr Mohd Shukor Mahfar berkata rakyat yang masih belum mendaftar dengan e-Kasih, boleh mendapatkan borang pendaftaran melalui laman sesawang LHDN.

Di samping itu, borang tersebut akan dicetak dan diedarkan di cawangan LHDN serta kawasan lain yang bakal dikenal pasti di seluruh negeri. "Mereka (masyarakat) akan dimaklumkan mengenai pengagihan borang dari semasa ke semasa," katanya.

Mengenai syarat kelayakan, beliau berkata pengiraan pendapatan RM3,000 itu ialah seisi rumah dan bukan individu dan oleh itu mekanisme siasatan akan dilakukan.

Awang Adek pula berkata pendapatan isi rumah akan diambil kira, dengan mencampurkan pendapatan suami, isteri dan anak-anak yang tinggal bersama. Namun, persoalan bagi anak yang tinggal berasingan, masih dibincangkan.

“Soal isi rumah…seorang, tetapi sudah bekerja dan bayar zakat sendiri, saya rasa dia layak. Namun, ini kita akan pastikan kemudian dan masukkan dalam isu-isu yang perlu diperjelaskan,” katanya.(BERNAMA)

NOTA : Rezeki jangan di tolak, orang memberi kita merasa. Realiti negara kita memang kaya, kan ke molek jika tiap-tiap tahun pun begini. Harapan tiada berlaku penipuan pada pengagihan wang bantuan ini nanti dan juga tiada berlaku kenaikan secara drastik harga barang-barang keperluan pengguna pula nanti. Jadi tiada guna pula mendapat bantuan, jika harga barangan melambung naik dan hanya peniaga yang merasai faedahnya.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, Oktober 13, 2011

30 Komen:

  1. Yang pasti memang akan ada pihak yang akan mengambil kesempatan..

    Maklumlah "Rakyat" dapat bonus!

    Post Terbaharu Saya - Bajet 2012 - Dari 12% ke 13%

    BalasPadam
  2. yang layak pergilah memohon tetapi yang tidak layak jangan pula buat2 layak huhuhuuhh....

    BalasPadam
  3. Orang kerajaan je ke dapatnye...

    BalasPadam
  4. kena istihar harta kat lhdn dulu, tenguk tenguk terlebih RM 3 ribu. abis tu kita kena bayar cukai dululah...

    BalasPadam
  5. tak banyak mana 3000 kalau seisi rumah tu...patutnya dasar setiap seorang la...

    BalasPadam
  6. @ Nizam

    semua rakyat khabarnya..
    janji berdaftar dengan
    LHDN dan berpendapatan
    kurang dari RM 3000
    seisi rumah sebulan.

    BalasPadam
  7. tapi belum dpt apa2 dah naik semua harga
    camner yek...
    buruk siku betoii

    BalasPadam
  8. Hurmmm..dptnya bantuannya rm 500 je tp kenaikan mcm2 brg skrg ni mengalahkan apa jer.

    So, dpt rm 500 pun tak memberikan apa2 kesan pun pd rakyat golongan bawahan!!

    BalasPadam
  9. Setuju dengan lagenda , RM500 tidak memberi apa2 kesan pun kepada rakyat.. terutama golongan bawahan..

    BalasPadam
  10. ehehehe..mestilah ada yg ambik kesempatan....

    BalasPadam
  11. SAYA PENCEN 60 LAH JAWABNYA JIKA SIHAT....ALHAMDULILLAH.

    BalasPadam
  12. SAYA PENCEN 60 LAH JAWABNYA JIKA SIHAT....ALHAMDULILLAH.

    BalasPadam
  13. sy tak berani nak op ke umur 60.. selalunya kalau ada benda baik yg diberi, pasti ada benda sebenarnya yg ditarik. kita tak perasan. cth macam cuti bersalin 90 hari. sebenarnya jumlah cuti 300hari sm spt dulu cuma dibenarkan ambik 90hari pd sekali bersalin.

    BalasPadam
  14. Salam,

    Bestnya boleh dapat bantuan RM500 tu, suami sah2 tak boleh dapat bantuan tu, sebab dia kena pendapatan bawah 3K sebulan kan?

    www.yanmieonline.com

    BalasPadam
  15. dari tak kena cukai .. akhirnya kena cukai ... nak 500 je ..

    BalasPadam
  16. kalau istihat mmg ada rm3k tapi yang nak di tanggung tu bukan takat satu rumah agak2 layak tak memohon. :) tanya ajjee...

    BalasPadam
  17. Susah juga tidak ada mekanisma untuk mengangihkan RM500

    BalasPadam
  18. Dapat 500 pun jadilah drpd x dpt langsung..brg naik harga nak buat camana ..semua pun kena tp x semua yg merasa 500 tu kan...bersyukurlah.

    BalasPadam
  19. Salam Zul, satu perkabaran yang di nanti2 oleh rakyat.. betul saya sokong jangan ada penipuan... permatauan cermat perlu dilaksanakan.

    BalasPadam
  20. kurang beban kluga yg hdup besederhana.pling bagus masa depan, mkn minum pendidikan anak2 mrka akn terjamin tak gtu bro?

    BalasPadam
  21. ayuh mana yg kurug mmpu sahut cabaran ini

    BalasPadam
  22. utk yg betul2 memerlukannya, mmg elok diberikan..

    BalasPadam
  23. harap2 tk de lah yang main kabel2 pula nanti..

    BalasPadam
  24. dah di kasi ambik jer.. isu harga barang naik rasanya bukan alasan... rm500 tu macam2 boleh buat... buat modal niaga air sirap tepi jalan ok jugak... kan dah lebih rm 500 boleh dapat... sekadar pendapat...

    BalasPadam
  25. salam
    ayam dah naik harga, bro
    yang lain2 akan menyusul dengan kadar segera
    huhu

    BalasPadam
  26. وعليكم السلام ورحة الله
    Terima kasih semua kerana
    sudi singgah dan mencoretkan
    komen anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah khair..

    BalasPadam
  27. Peluang untuk kita merancang masa depan. Walau nampak sedikit jika bijak menggunakannya ditempat yg betul pasti wang tersebut tak habis malah berterusan.

    BalasPadam
  28. MACAMMANA PULA PENDAPATAN NYA .. RM3001.00 TAPI ANAK SEKOLAH 7 ORANG .... TAK DAPAT PULAK ... CAM NA TUUU ... TAK ADIL LAHHHHHH

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA