Isu M. Manoharan Dan Jalur Gemilang : Beliau Tidak Sensitif Langsung





Salam semua, merujuk kepada kontroversi yang dicetuskan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah, M. Manoharan yang mencadangkan agar Jalur Gemilang digantikan dengan bendera lain sekiranya PR berkuasa selepas pilihan raya umum akan datang, saya betul tersentap.

Pada Jumaat lalu, Manoharan dalam akaun Facebook miliknya menyatakan hasrat beliau demikian, sambil menolak untuk mengibarkan Jalur Gemilang dalam kawasannya kerana mendakwa bendera itu kelihatan seperti Barisan Nasional berbanding Malaysia (ada ke?)

Di sini saya nak tanya pembaca sekalian, adakah bendera Jalur Gemilang itu kelihatan seperti Bendera BN yang hanya berwarna biru? Adakah Manoharan rabun warna atau sengaja mencetuskan kemarahan orang lain? Di sini saya rasa beliau tidak layak menjadi pemimpin parti Pakatan Rakyat malah wakil rakyat Malaysia kerana memalukan.

Beliau bagaimanapun dengan segera memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia ekoran komentarnya itu. Cukupkah dengan hanya memohon maaf? Pada saya kenyataan dan cara beliau memohon maaf tersebut, macam tidak ikhlas dan beliau sepatutnya merasa bersalah dan meletak jawatan segera.

Di sini ternyata beliau tidak peka dalam kenyataannya untuk membezakan di antara patriotik berbanding politik. Ternyata beliau terlalu ghairah meletakkan imaginasi khayalan beliau sendiri, tanpa berfikir panjang dan mengeluarkan kenyataan yang telah membuatkan ramai pihak tersinggung.

Saya sendiri sebagai seorang yang tidak berparti (atas pagar) tetapi,  saya tidak pernah lepas untuk memangkah setiap kali PRU diadakan. Saya akan memangkah mengikut keadaan semasa berdasarkan pemimpin yang saya sendiri rasakan logik dan boleh membawa kepada kebaikan seluruh rakyat.

Tetapi bila isu ini di bangkitkan oleh seorang pemimpin Pakatan dari parti DAP, nampak sangat yang beliau terlalu mengikut emosi dalam berparti. Anda bayangkan jika beliau menjadi seorang menteri mahupun pemimpin yang lebih tinggi, saya pasti banyak perubahan yang beliau lakukan tanpa merujuk kepada sensitiviti kaum lain.

Khabarnya, ramai di antara pemimpin dan ahli parti pembangkang sendiri pun terkejut dan tersentap dengan kenyataan yang di buat oleh beliau itu. Kenyataan beliau seolah membelakangkan agenda parti dan Pakatan Rakyat keseluruhannya. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Wassalam.

 My Inspiration


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, September 20, 2011

25 Komen:

  1. Betih dia nok kene pangkoh gamoknye....

    BalasPadam
  2. sama ke?
    rabun bende ke gitu kalau kata sama te

    BalasPadam
  3. Mungkin beliau mengalami masalah pengelihatan tu. Cepatlah berjumpa doktor mata!

    BalasPadam
  4. http://wanwidget.com
    dia ni dah keterlaluan, rasanya xyah la nak politikkan sampai bendera negara pon, ermm....

    BalasPadam
  5. kalau buta warna sekalipun memang tak sama la... tak tau nak kategorikan penyakit apakah yang dialami beliau ni... ish2... agak2lah kalau nak xtreme berpolitik pun....

    BalasPadam
  6. salam
    memang tak kena komentar beliau tu
    lambang negara bukan boleh nak diubah-ubah dengan senang
    seperti kes lagu negaraku dulu
    jangan ada sesiapa yang pandai2 nak ubah suai
    memang sengaja cari pasal

    BalasPadam
  7. jika dia jadi menteri habis lah kito;(

    BalasPadam
  8. Dia terlampau marahkan BN kot...

    BalasPadam
  9. Bercakap tak guna fikiran yang bijak dan waras, ikut rasa saja.

    BalasPadam
  10. Salam Zul, rabun warna laa dia tu yak :)

    BalasPadam
  11. aiyooo ... buat malu diri sendiri lor! uwekkk utk adun itu. :(

    BalasPadam
  12. manoharan cuba mencari isu baru... saja nak bagi kecoh

    BalasPadam
  13. saya ibaratkan dia nie sbg artis..terpaksa mencari kontroversi baru bagi memastikan popularitinya tidak jatuh dek kerana dia takde apa2 sumbangan di kawasannya iaitu kota alam shah...
    wahai pengundi kota alam shah..inikah wakil yang hendak anda pangkah bulan nov nnti huhuhuhhhh

    BalasPadam
  14. nak buat isu.. cukup mudah kan.. pas tu buat macam tak bersalah..

    BalasPadam
  15. salam..
    bermasalh sungguh org tu..

    BalasPadam
  16. dunia politik blh buat saya tersenyum dg pelbagai karenag manusia yg pelik2

    BalasPadam
  17. salam..
    tak sama langsung..mungkin dia buta warna..org mcm nilah yg akan merosakkan nama parti..x suka.uhu

    BalasPadam
  18. Salam Zul..

    Terbaikkk..aku pun setuju dgn pendapat ko tu..semangat patriotik perlu dipertahankan x kira dari parti mana sekalipun

    BalasPadam
  19. Org mcm tu la akan merosakkan lagi imej parti dan Pakatan Rakyat. Lagipun rakyat Malaysia sudah bijak menilai, yang manakah calon yang layak untuk menjadi pemimpin. Kita buat pilihan yang tepat semoga negara Malaysia makmur, ekonomi stabil dan berjuang untuk rakyat Malaysia.

    BalasPadam
  20. makin kuang ajo bila dibiarkan deme nihhhh

    BalasPadam
  21. assalam..

    kesilapan demi kesilapan..

    BalasPadam
  22. Rabun ayam kot x pun pakai contact lens terbalik sampai nampak lain...

    BalasPadam
  23. ahli politik perlu mencetuskan polimik dan perdebatan massa supaya nama mereka tidak tenggelam..ini biasa terjadi dimana-mana negara yang mengamalkan demokrasi..adalah lebih baik meraka bersuara dari mengangkat senjata..biarkan Luncai Terjun Dengan Labu-labunya

    BalasPadam
  24. Macamana boleh keluarkan kenyataan yang kontrovesial banyak lagi perkara yang berfaedah perlu dibangkitkan

    BalasPadam