Kisah Di Sebalik Nama Jalur Gemilang


Salam semua, sempena menyambut hari Kemerdekaan Negara ke-54 yang di sambut sekali dengan Hari Malaysia pada 16 Julai nanti, mari kita mengenang kembali sejarah bendera negara kita Malaysia mendapat namanya. Mungkin ramai yang sudah mengetahuinya, alhamdulillah..sekadar berkongsi di blog ini pada mereka yang belum tahu, atau memang tak pernah tahu sebelum ini.



Selama 47 tahun digelar Bendera Malaysia, pada kemerdekaan ke-40 pada 1997, namanya ditukar kepada Jalur Gemilang. Nama diusulkan pegawai dari Jabatan Muzium Negara dan Antikuiti, Redzuan Tamin dalam satu peraduan membabitkan pihak tertentu ini berjaya menewaskan 28 cadangan antaranya, Malaysia Raya, N.U.S.A, Mega Sakti, Saga Merah dan sebagainya.

Ilham untuk menamakan bendera Malaysia kepada Jalur Gemilang diusulkan Datuk Hashim Mat Idris. Cadangan berkenaan dikemukakan kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pada 11 Julai 1995. Pada 1 Julai 1996, Urus setia menguruskan nama mengemukakan 75 cadangan berserta ulasan dan huraian.

Tiga nama disenarai pendekkan iaitu Setia Perkasa, Seri Setia Perkasa dan Seri Setia Negara. Tiga nama ini bagaimanapun ditolak Jemaah Menteri ketika mesyuarat pada 11 September 1996. 28 nama lagi dicadangkan dan pada 2 Jun 1997, tiga nama dicalon mengikut keutamaan iaitu Jalur Gemilang, Jalur Nusa Gemilang dan Jalur Sinar Gemilang.

Nama bendera Malaysia telah diisytiharkan oleh Tun Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri pada malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan negara yang ke-40. Pengisytiharan Jalur Gemilang dilakukan pada jam 11.58 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

JALUR - menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih. Oleh itu, lambang jalur pada Bendera Malaysia menggambarkan satu haluan yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini dari Perlis hingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan bangsa dan negara.

GEMILANG - bermaksud bercahaya, terang-benderang dan cemerlang. Oleh yang demikian Bendera Malaysia Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa bidang kehidupan sekali pun sama ada di dalam atau di luar negara. Kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk menaikkan imej negara, sesungguhnya sentiasa mendapat petunjuk dan pedoman yang terang lagi jelas.

NOTA : Selalunya bila bercakap soal Jalur Gemilang, ramai di antara kita mungkin ada menyimpan satu Jalur Gemilang untuk di kibarkan sebagai tanda kemegahan kita sebagai warga negara. Atau kita hanya menunggu mendapat bendera kecil percuma sahaja, baru kita hendak mengibarkannya?Terserah pada diri anda, tetapi yang nyata pada pandangan saya,  setiap warga negara perlu menyimpan sekurangnya satu bendera di setiap rumah. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan-54 Malaysia dan selamat menyambut Hari Malaysia pada 16 September 2011.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, September 09, 2011

13 Komen:

  1. wah zulkbo.com berwajah baru sempena kemerdekaan gamaknya, sempoi je

    nampoknya tahun kome tengok kurang meriah dgn kibarab jalur gemilang x mcm tahun2 sudah

    apakah telah luntur semangat terhadap negara atau pemerintah

    BalasPadam
  2. Salam Zul, Salam kemerdekaan juga... jom bersama kibar jalur gemilang :)

    BalasPadam
  3. slm en.zul...semoga sihat2 selalu...

    di rumah sy memang ada gantung jalur gemilang wlupn bkn dbulan kemerdekaan... saja gantung utk menaikkan seri rumah heheheh.... ;)

    BalasPadam
  4. salam..
    jom kita kibar..saat inilah makin rancak heeee

    BalasPadam
  5. dlm kereta ada saiz kecik..ank sllu pegang dan kibaran..katanye bendera masyah!! medeka..deka,..heee

    BalasPadam
  6. dulu masa kecik bli gula2 merdeka tu sebatabg 20sen skrg ada lagi ker? heeee

    BalasPadam
  7. bangga jadi anak bumi ini...

    BalasPadam
  8. salam cik zul...dah bermuka baru! hehe. baru cerah ckit mata nak membaca....

    sejarah lagu negaraku cik zul pernah dengar? :D

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum...

    Moga sdra sihat hendaknya..

    Wah...seindah jalur gemilang blog saudara ni..tukar wajah baru erk!

    BalasPadam
  10. alamak..saya ade jalur gemilang dalam pc je..hehe..

    BalasPadam
  11. semangat kemerdekaan semakin membeku di kalangan rakyat Malaysia.Kalau tak ade bendera subsidi atau pertandingan ,boleh di bilang dengan gigi berapa kerat manusia kat Malaysia berbanding pjumlah penduduk Malaysia yang berjumlah 25 juta.Kalau kat negara jiran,ketua/pengerusi RT akan ketok pintu ke pintu supaya pasang bendera di setiap rumah..

    BalasPadam
  12. salam
    semangat merdeka untuk anak2 malaysia
    tapi sekarang dah jadi keliru ni, bro
    kita pernah dijajah atau tak pernah dijajah

    BalasPadam
  13. وعليكم السلام ورحة الله
    Terima kasih semua kerana
    sudi singgah dan mencoretkan
    komen anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah khair..

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA