Google Paksa Saya Tukar Template Baru






Salam semua, tajuk mau gempak..he he. Memang itu realitinya, entah apa yang berlaku pada Google semalam, blog saya yang menggunakan platform Blogspot seperti bermasaalah. Jadi berterabur segala macam HTML yang telah saya edit sebelum ini, benar-benar menggugat mood saya berblogging semalam.

Ianya menjadikan mood hendak berblogging jadi turun ke tahap terendah sekali semalam. Mulanya saya ingatkan blog saya telah di godam,  dan saya mula berjalan ke blog lain tetapi saya perhatikan semua blog orang lain okey je. Confirm blog saya kena godam nih! Adeh..!

Tak mau panik dahulu, saya mula membuat perkiraan sendiri apabila saya nampak perkara yang sama berlaku di blog Bro Ben Ashaari, jadi saya rasa kesimpulannya Google tengah melakukan sesuatu pada blog Blogspot yang menggunakan domain dot com.

Tak mahu mengambil risiko lebih besar, saya terus menukar template blog saya ke template yang di bekalkan oleh Blogger yang sudah tentu ianya lebih mesra pada Google kerana Blogger sendiri kepunyaan Google, alhamdulillah..semuanya kembali okey.

Inilah hasilnya setelah saya menggodek-godek selama 2 hari dan betul mencabar kesabaran saya untuk memasukkan kembali apa yang pernah saya edit di template lama untuk mengekalkan tahap SEO nya di SERP. Walaupun kurang berpuas hati 100 % setidaknya mood blogging telah mula kembali :)

Header lama yang saya beli dari Emila Yusof kelihatannya amat kurang sesuai berada di template baru ini dan saya melakukan sedikit pengubahsuaian untuk mengekalkannya kerana sudah menjadi trademark kepada blog zulkbo dot com selama ini.

Terima kasih pada yang selalu singgah dan memberi sokongan kepada blog ini, sumbangan anda amat saya hargai di saat saya kehilangan mood untuk berblogging. Melihat kemasukkan trafik yang maintain walau blog bermasaalah membuatkan saya terharu. Terima kasih semua.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, September 09, 2011

31 Komen:

  1. SALAM SYAWAL,
    BERSYUKUR, KEKACAUAN TEKNIKAL DAPAT SDR Z ATASI. KALAU PERKARA YG SAMA BERLAKU KE ATAS LF, TAK TAHU MACAM NAK BUAT ! BERHENTI TERUS BERBLOGING !

    BalasPadam
  2. Macam nak sambut raya bila semuanya bertukar baru..baju baru,langsir baru...dan bila template baru mungkin akan menambah selera untuk berblogging..nampak simple tapi yang penting trafiq..tak gitu..

    BalasPadam
  3. @luahfikiran
    alhamdulillah..bila semuanya berjaya di atasi
    harapan perkara ini tidak berlaku pada blog Dato
    dan saya rasa hanya berlaku kebetulan
    dan blog tertentu sahaja..

    BalasPadam
  4. @abadi romeo
    alhamdulillah Zul, trafik masih maintain
    melalui organik trafik, maksud banyak yang
    datan dari carian enjin terutama Google

    BalasPadam
  5. Uiks.. pulak.. ! mcm2 encik Gugel ni..

    BalasPadam
  6. semalam ke ? tak perasan pulak. Mungkin saya pun guna template dr Blogger sendiri ",)

    www.anastasyea.com

    BalasPadam
  7. @a n a s t a s y e a
    @relevan

    yupp......semalam, rasanya blog
    kalian tak kena lagi..kalau kena
    buat macam saya je..tukar template
    rasaya mana template yang tak sesuai
    Google tengah melakukan sesuatu

    BalasPadam
  8. Patut nampak macam kosong sahaja. Banyak kerja yang perlu dibuat apabila ada masalah teknikal macam ini

    BalasPadam
  9. Janganlah komer dapat masaloh jugok....

    BalasPadam
  10. nanti la Gua beli Google ni...

    BalasPadam
  11. Berubah kepada yang lebih menyegarkan :D

    BalasPadam
  12. walau apapun terjadi berblog tetap diteruskan
    kome suka weh sempoi je :)

    BalasPadam
  13. Mesra SEO? macamana tu? ajarlah cik Zul..hehe

    apapun..theme ni mmg sedap utk ditatap :)

    BalasPadam
  14. Salam..Tak perasan pulak..Maybe google nak tengok wajah baru blog zul kot..hehe

    apa2 pun ok jgk dgn template baru ni..simple je kn..;)

    BalasPadam
  15. Sallam En Zul,

    Sekali sekala bertukar baju,
    cantik nampaknya blog ni en Zul, teruskan berblog...

    BalasPadam
  16. assalamualaikum,
    besar juga cabarannya ya en zul...
    kalau saya tak tahulah.
    mahu menangis dibuatnya sbb segala2nya terkumpul di blog. itu medan perjuangan saya.

    BalasPadam
  17. Salam zul cantik rumah baru nie.. cuma tulisan agak sedikit kecil :)

    BalasPadam
  18. ok dah nie bang zul....

    BalasPadam
  19. Salam Zul..

    Sesekali bertukar wajah pun ok juga..template ni pun ok cuma identiti nmpak bertukar sikit

    BalasPadam
  20. like the new template! :) simple but nice..:)

    BalasPadam
  21. salam
    agaknya google mahu blogger yang guna blogspot pakai template mereka
    senang nak kawal

    BalasPadam
  22. oh minta2 le blog kami tak diganggu google..hehe
    nampak template lagi simple..
    mesti bro nak ubah suai lagi ni..

    BalasPadam
  23. wah dah tukar langsir lepas raya ya:)tak bagi bagi mood baru untuk tuan rumah kan..eh banyak jemputan rumah terbuka?hati hati ya..makan kadar yang minima...

    BalasPadam
  24. alamak salah tulis...tak apa bagi mood baru untuk zulkbo berblog dengan lebih gigih lagi...

    BalasPadam
  25. nak mgis bila bgini
    tu kan pkwe saya separuh masa huu

    BalasPadam
  26. bro zul bykkan bersabar..nnti skit masa lgi oklah tu..saya try2 bodek mmg ada mslh skit tuh..makan msa skit huhu...

    bro zul jgn gajuk yer huuu

    BalasPadam
  27. slm enzyl...
    selamat bercuti di hujung minggu...
    beraya kemana hrni??

    dugaan dlm berblogging tu en.zul...
    alhamdulillah...semuanya dah settle kn.... ;)

    BalasPadam
  28. وعليكم السلام ورحة الله
    Terima kasih semua kerana
    sudi singgah dan mencoretkan
    komen anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah khair..

    BalasPadam
  29. hehe baguslah bro zul, semangat dah kembali.. mmg banyak kerja sikit kalau kita ubah template..

    BalasPadam